Saturday, November 30, 2013

mengeluh again..haih!

makin hari makin kuat mengeluh. masalah overload. dont know how to solve. masalah diri sendiri yang tak melibatkan ahli keluarga mahupun orang tersayang. masalah dalaman dengan someone yang haih. ntah nak cakap macam mana. its to hard.

apa yang boleh aku cakap. aku makin tak suka dengan hidup aku sekarang, keadaan belajar yang terpaksa. duduk dalam keadaan berpura-pura. really hate this. how can i say, aku nak lari dari mereka yang perangai macam aaaaaaargggghhhh!! saket hati. tak tahu nak describe orang tu macam mana.

as long as ada orang-orang sekeliling yang selalu bagi support. betulkan aku bila salah. nasihatkan aku bila tersasar. umi, dia dan rakan-rakan yang sentiasa ada disisi mendengar setiap cerita bodoh dan menyaketkan hati. thanks a lot to all of u. i love u so much.


kesayangan. family.


kesayangan. bakal imam suatu hari nanti.



Wednesday, October 2, 2013

aku dibumi machang

susah bila kita duduk sebumbung dengan orang yang tak boleh nak sesuaikan diri dengan keadaan dan situasi. buat pape nak ikut kepala dia je. langsung tak fikir pasal orang lain. dah la semua benda nak orang siapkan. tahu laa kat rumah mak yang buat tapi kat sini kena berdikari. tak boleh nak berharap kat sape-sape. bukan mintak buat semua benda tapi atleast membantu mengurangkan beban bersama.

aku sendiri pun bukan sempurna tapi perlu mencuba untuk puaskan hati semua pihak. bukan nak cakap aku selalu betul. tapi kena biasakan diri dengan keadaan. tak faham kenapa masih wujud manusia sebegini. nak tegur susah. tak tegur makan hati pulak. last-last senyap je lah. pendam perasaan bukan satu perkara yang baek sebenarnya. lame-lame jadi makin membusuk. masa tu lagi susah nak ubah keadaan.

sebab tu sekarang makin kuat homesick. bukan sebab aku anak manja yang tak boleh berenggang dengan mak tapi sebab makin bosan dengan hidup kat bumi machang. bila dah balik even sehari pun dah lega sebab tak perlu lagi berhadapan dengan orang macam tu. selalu mengadu kat umi dan en.chef. sume ad pendapat sendiri pasal nii.. *sigh*

Friday, August 16, 2013

.birthday raya.

first of all nak ucapkan selamat hari raya. hope maseh belum terlambat laupun rini dah masuk 8syawal kan. takpe laa raya kan sebulan.

dah tua-tua nii kena beli kek sendiri. moist chocolate cake from secret recipe.
3syawal ritu secara rasminya umur 21tahun. dah 21tahun daa hidup kat dunia nii upenye. kejap je kan, rasa baru semalam pakai baju sekolah lagi.

kebetulan birthday masa hari raya. so, aku cikcactus nii buat request kat puan umi nak makan laksa penang. dah kebetulan pulak rasa cam nak jemput kawan-kawan pastu nak beli kek. makanya jadilah celebration birthday raya.
masa jemput kawan-kawan tu takde pun cakap yang nak celebrate birthday ke ape. saja buat suspen suruh diorang datang dulu. haha. kononnya macam majlis bertunang laa kan. dengan dress putih nya lah, dengan inai nya.
banyak pulak potpetnya. biarkan gambar yang bercerita.

tetamu terawal datang. bff masa dorm6.
the next picture nii tetamu paling special. *wink sambil kenyit mata*

future family in law. insyaallah kalau ada jodoh.

satu lagi family datang tapi tak sempat nak bergambar sebab aku tengah serabai time tu. sorry kaksue.
terharu sangat bila family buah hati pengarang jantung ni datang jugak laupun si empunya badan tu tak balik. atleast ada pengganti. and thanks to him sebab dah pinjamkan family dia untuk sambut birthday nii dengan aku.

nak tayang gambar je lah. next!
family wajib, sorang lagi tak cukup. sayang adek beradek nii sangat-sangat.
si kecik tu adek aku yang super duper hyperactive. haha. yang tengah dukung adek aku tu my bff, my soul, my everything. dia lah sahabat, dia lah teman, dia lah tempat mengadu, dia lah tempat bercerita, dia lah kaki gosip, dia jugak budak yang aku selalu buli. tapi walau apa pun aku buat kat dia. takde niat pape, just untuk suka-suka. and i love her fucking damn much. no doubt.

*jiwang ler pulak bila sampai part nii..haha. ok can we proceed?

kawan form6 merangkap anak kawan umi.

aku tak expect sebenarnya boleh jadi kawan ngan si arman nii, haha, sebab dulu dia masyaallah. punya lah pemalu. aku gi umah dia pun tak bernah bercakap. aku maen ngan adek dia je lah. time tu sekolah rendah lagi. n dulu dia chubby, sekarang cekeding jadinya.

dia maksepupu saya, tapi lagi muda dari saya. the one n only maksepupu yang paling aku ambik berat.

sorang lagi bff masa form6. dah nak jadi cikgu dia. tapi perangai brutal giler kot.


kawan sekolah masa form6 jugak. kaki tido dalam kelas tapi alhamdulillah berjaya jugak.
orang last datang beraya. kawan sekolah menengah dulu.
itu je lah yang nak share. haha. selebihnya jom layan gambar lagi.

my beloved ummi. love her so much.
bila sikecik tu takde boleh laa posing2 jap ngan abah.
using dslr my cousin. credit to him.
edit semata-mata.

tamat sudah cerita dihari raya nya pun. haha. pape pun selamat hari lahir untuk diri sendiri. even tak ramai yang ingat tapi im ok. nak buat camne kan, kita tak boleh nak paksa orang untuk ingat sume benda pasal kita. asalkan insan2 terdekat dihati tu ingat dah cukup baek. k baiii selamat malam cinta hati.

Friday, August 9, 2013

drama lagi

sekarang nii dalam sehari tak wajib kot kalau tak nanges. ade je benda buat hati nii rasa sayu sedih. memang kalau tak cari pasal sehari memang tak boleh kan.

hari raya nii aku tak berapa suka nak tengok orang bergambar dengan family. bukan dengki tapi sedih. sedih sebab tak pernah rasai kenangan camtu. tak pernah ade gambar dengan family time raya. seriusly sedih bila tengok sume tu.
  
family aku tak sesempurna kawan-kawan. dari kecik lagi macam tu. haih. ntah bila laa nak ade peluang kan. T____T

Tuesday, August 6, 2013

lawak apakah ini.

hadoi, selalu je dia tu buat aku rase nak gelak terguling-guling. hari nii 6 ogos. dan hari nii bukan birthday aku lagi. tetiba sampai mesej en.chef wish my birthday. tengok ayat dah macam terharu tapi still takleh nak tahan gelak sebab belum tiba masa lagi.

tapi rasa macam grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. geram jugak at the same time tu. sebab dia boleh lupa tarikh birthday, memang laa laki susah nak ingat date, i understand that, but atleast u remember date of birth ur girlfriend. its totally frustrated when the one u love doesnt remember anything bout u. sucks jugak laa kan. haih.

Friday, August 2, 2013

dah august daa

alhamdulillah, maseh diberi kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini. sedar tak sedar dah masuk bulan baru  dan dah berada di penghujung bulan ramadhan.

setiap kali masuk bulan ogos jer mesti nak taip entry pasal menghitung hari nak sambut birthday. haha. sangat kebudakkan right? kali nii malas dah nak kira. *ade 8hari lgi tau*. haaa, dalam malas-malas pun sempat lagi. saja nak cari publisiti murahan padahal takde yang kesah pun. lantak kau laa birthday bila.

tahun nii ada kelainan sikit birthday aku jatuh pada ari raya. dah 2tahun berharijadi dalam bulan puasa. sangat sadis. tapi kira terselamat dari terkena tepung dan telur dari kawan-kawan masa form6 dulu.

haih, dah nak masuk 21tahun pun. macam tak caya pun ada, tapi at the same time feeling esaited tu ada laa jugak sikit. sebab rasa bila dah 21 nii rasa laen. *laen macam mana tu tak tahu laa.

hmmm, takde nak wish pape bila dah cukup umur nii, just doa yang terbaek untuk hidup dan menjadi seorang yang lebih baek. amin.

fyi, dalam bulan ogos nii ramai sebenarnya lahir bulan nii. *ikut pada list kawan-kawan aku la. mula je 1 ogos. dah kena cari idea nak wish birthday. selalu malas je nak post kat wall. kalau yang rapat sangat tu baru menaip kat henfon n mesej, sangat klasik rite. tapi aku lebih suka cara tu lagi daripada just write hb kat wall.

k laa, selamat bersahur. baru habis tengok SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA. dan sebenarnya saya tak tidur lagi. baiiiii

Friday, July 12, 2013

throwback

update today sempena my dear mr chef dah berangkat naek bus ke tempat kerja. tadi sempat berbuka dengan dia. masing-masing tak banyak cakap. sayu kot nak berpisah. seriously im upset. gonna miss him damn much. nobody's can replace him in my heart.

ok, sebelum aku melencong potpet-potpet citer benda laen, baek gtau dulu tujuan asal buat entry nii. sebenarnya takde yang menarik pun, just nak citer conversation kiteorang mase mula-mula dia nak masuk line dulu.hihi. tapi nii bukan lah first conversation pun. yang dalam fb aku sume dah selamat dalam tong sampah. dalam fb dia naceb ada simpan lagi. ada laa jugak kenangan kiteorang.









timbul sedikit kekeliruan kat sini. mana satu aku punya, mana satu dia punya. aku sendiri pun confuse, haha. tu laa gedik nak guna DP sama sangat. dia relakan je apa aku buat kat fb dia. harap awak banyakkan bersabar dengan kerenah saya.

ok, yang last nii dia mintak phone number aku. ase kelakar bila baca balik, and aku mula laa senyum sorang-sorang. macam syok sendiri pun ada entry nii. haha. kalau aku rindu dia, mesti aku baca benda nii and baca komen-komen kiteorang dulu. dia takde lah romantik pun, tapi sweet tu ada la.

setelah macam-macam cara aku buat nak up entry nii, akhirnya dengan bantuan my bff dia suh aku guna snipping tool. baru lah menjadi. lau nak printscreen asal nak dekat ciap je mesti kuar crash. memang time tu membara hati nii. k lah, salam jumaat dan salam ramadhan.

Monday, July 1, 2013

welcome julai

1 julai, 2013. aku masih dalam mood exam sekarang. tinggal 4 paper lagi belum dijuangkan. lame sangat nak habiskan semua nii. dah boring tahap hape dah mengadap buku. mata nii pulak asal bukak buku je automatik laa layu. ape lah naseb.

alhamdulillah still diberi kesempatan untuk mengupdate menggunakan laptop dan broadband yang dipinjam daripada rumet. haha. *perlu ke mention benda ni?*

takde yang menarik pun nak citer, cume saje gatal tangan nak menaip. sangat berharap supaya result exam nanti takde yang kena repeat. sem nii rase tahap kerajinan untuk study tu memang takde. langsung takde. malas tahap hape dah nii. huargh. k lah baiiiii

Wednesday, June 19, 2013

bakal ditinggalkan

lately nii memang student OM ni busy laa sikit. ape tak nye. sume lecturer berebut nak buat test lah, quiz lah. kiteorang yang student nii laa jadi mangsa kena berkejar mengadap nota.lunrah laa jadi student. takkan dati awal sem sampai akhir sem nak honeymoon je kan. sebab tu lah dah jarang updates si encik blog nii. busy kononnya, padahal fesbuk 24jam je online.

ceritera nya agak sedih sikit dekat2nak exam nii. aku bakal ditinggalkan oleh my mr.chef. he just got a job offer. lahaiiii. berat hati sebenarnya tapi nak buat camne. terpaksa lah relakan. dalam otak nii dah banyak benda fikir. 

pape pun. saya doakan awak berjaya dalam kerjaya awak. semoga awak tak lupa saya. sobssss.T_____T

*ngan ex dulu pun ase dah pernah tulis macam nii kat blog. tapi at the last. janji tinggal janji jugak.

Friday, May 3, 2013

one year already...

i just found something in my phone diary. last nite mr chef ambik my fon. tadi baru bagi balik. n aku tak cek pun ape dalam tu. sebab selalu memang die takde nak gatal tangan sangat menulis kat diari aku.bila die text cakap sal hadiah nak bagi, cepat-cepat bukak and baca diari tu.

and i? ternganga ok. shock sikit. ase cam sweet pun ade, mana tak nya. dari ritu ag aku mengamuk mintak anniversary wish tapi die buat donno je. panas plak ati kite nii. ade ke anniversary wish pun kena mengamuk mintak, langsung tak sweet laa.

but atlast aku dapat jugak laupun wish tu simple je. ingat senang ke mamat kayu tu nak jadi romantik and sweet. haha. tapi sampai ari nii sume yang die dah buat untuk aku, aku rase sume SWEET. laupun tak mampu nak bagi aku barang-barang mahal. tu tak penting, asalkan aku rase bahagia bila dengan die. thats what we call LOVE. ok.

antara ucapan dan taipan beliau ialah, 
"yup bila ku pnadang gambar ni maka terpapar wajah2 tersenyum org yg ku syg...saat ini hanya yg Esa sje yg thu btapa bhgia nya ati ku rasa..kehadiran nur syamimi dlm khidupanku adalah 1 rahmat..walaupun ayah dia bukan bernama rahmat tetapi dia tinggal desa rahmat ;) hahaa so far so good with her..everyday laughing n she make me hapy al da time..thanks a lot dear.. n honestly ur da 1 im loving al my heart..aa aa no doubt about it honey c",)"

sebenarnya ade gambar dalam diari nii, tapi loading pulak takleh nak publish. yang paling takleh nak blahh tu sempat ag die buat lawak, aku baru nak feeling romantik terus tak jadi. haha.

ritu 16 april 2013 baru cukup setahun perkenalan kami. kejap je mase nii. aku langsung tak expect nak jumpa and couple ngan die. takdir kan, kita taktahu, sume yang tertulis untuk kita adalah sebaik-baik perancangan.

and kalau laa kan aku.
hmmm.

KALAU LA aku tak break up ngan ex dulu, maybe aku takkan kenal die.
KALAU LA aku tak kerja kat situ lepas exam, aku takkan kenal die tapi die dah kenal aku sebelum nii.
KALAU LA aku still harap kat orang yang aku harap tu, aku takkan declare nak inrelationship ngan die.
KALAU LA aku nii tak gatal layan die, die takkan jadi kekaseh aku kot.
KALAU LA die kerja kat sana tak balik-balik, aku takkan mesej ngan die.
and yang paling penting

KALAU LA die tak mintak nombor aku kat fesbuk, aku takkan ade nombor die.

sume nye bermula daripada keberanian die mintak nombor aku kat fesbuk even we all dah kenal kat luar sebelum tu.


i praise ALLAH for sending me you my love.
setelah setahun, too many sadness happen in my life. but he always be my side and give me support. ape yang die rase tak betul, die nak aku betulkan. ape yang die rase betul die suruh aku teruskan. tak pernah aku ubah hidup aku kerana die. tapi bila ape yang die cakap tu aku rase betul, aku ubah.









Wednesday, April 3, 2013

kerak nasi

rasa sekarang dah jauh hati ngan orang. perasaan yang semakin hari semakin tawar buat hati makin keras dan keras macam batu. orang kata hati wanita macam kerak nasi. walau keras macam mana pun kalau rendam air lame-lame lembut juga. hati aku taktahu laa boleh jadi macam kerak nasi ke tak. mungkin boleh, tapi akan ambik masa yang lama. selama mana aku sendiri tak ada jawapan untuk tu.

aku baru ada niat nak mengalah and maafkan tapi timbul pulak cerita laen. makin laa meluap-luap bahang kepanasan tu. tak payah nak babitkan orang yang tak ada kena mengena dalam cerita nii. jangan nampak salah orang laen. nilai dulu diri sebelum kata kat orang. nobody's perfect. masing-masing ada buat silap. betulkan kesilapan sendiri dulu baru boleh nak betulkan silap orang.

tak payah nak guna social networking as a medium nak buat orang terasa. faced it. kata depan-depan kalau tak puas hati. kalau nak orang dengar nasihat kita, tegur dengan cara baik. bukan dengan cara kasar dan menyindir. cara tu langsung tak bagi kesan, buat orang makin rasa sakit hati ada laa. nak orang hormat kita. kita pun kena hormat orang jugak laupun umur jauh lebih tua. matang bercakap, lantang bagi komen tapi tak pernah praktik. berbicara lebih mudah dari melaksanakan. tak semestinya apa yang kita nak tu orang akan ikut. orang laen pun ada pendapat dan pendirian sendiri. tak ada siapa yang mampu ubah kita melaenkan kita sendiri. orang sekeliling hanya menjadi rujukan dan penilai untuk perbuatan kita.

im totally tired with all this. better stop and bawak haluan masing-masing. jangan hiraukan aku lagi.

Saturday, March 23, 2013

T___T

menangis lah kalau rasa menangis boleh buat aku lebih tenang. keluarkan semua kepedihan yang bertandang.
 
aku tak minta untuk ada rasa benci tu kat kau, tapi kau yang pupuk kebencian tu wujud dalam diri aku kat kau. semakin hari makin teruk. tak tahu nak cakap apa.
 
pedih tau tak pedih! kau nak orang je jaga hati kau. kau sendiri plak bercakap ikut lepas je.

Monday, March 18, 2013

motivasi

aku nii selalu je jadi pemberi semangat kat orang. nasihatkan orang tak kira dalam hal apa pun. soal hidup soal belajar even soal cinta pun masuk jugak. tak tahu dari mana datang idea boleh bagi pendapat kat orang. suka je bagi semangat kat orang tapi aku sendiri takde laa kuat sangat cam yang diorang sangka. 

aku ase aku lagi tak kuat daripada kawan-kawan yang dah berjaya aku bagi spirit tu. atleast lau pun dia dah give up tapi dia dah pun sampai tahap tu. aku nii belum pun sampai tahap camtu tapi asek nak mengeluh je. asek nak salahkan diri sendiri dan tak yakin boleh buat ke tak. dalaman aku memang lemah. tak sekuat kawan-kawan yang dah mengharungi pelbagai kesusahan masa belajar. tapi aku tak pernah tunjuk yang aku dah give up laupun hakikatnya aku ase memang aku fail and tak boleh nak teruskan semua tu. 

ini lah orang cakap. bercakap lebih mudah daripada melaksanakan. yaa, itu benar. aku boleh bercakap, boleh beri semangat, boleh bagi nasihat tapi diri sendiri? tak terurus jugak. sama je dengan orang dah putus asa. kawan aku yang selalu kena brainwash ngan aku nii mesti dia ingat aku nii kuat giler nak hadap cabaran tu.


so that, pesan kat diri sendiri supaya kuat macam yang kita cakap kat orang jugak.

Friday, March 15, 2013

sambungan *buku lagi*


BB1m yang bernilai RM250



dengan kelajuan internet yang tiada tandingan maka dapat lah tunjuk gamba.

naseb baek boucer nii boleh tukar terus dengan lecturer untuk beli buku, just kena tambah duit sikit-sikit je. kurang lah sikit beban tu.

daripada novel tukar ke buku macam nii.  


 boucer terakhir aku guna dan beli buku-buku ilmiah sikit, dah bosan kot beli novel. hihi. sesaja tukar mood. kawan-kawan pun sama beli buku yang boleh kasi pengetahuan. so, tak rugi dapat boucer and dapat beli buku-buku. pupuk budaya membaca. :)

Monday, March 11, 2013

buku lagi

good evening. memandangkan kuliah hari nii habis awal. so that boleh laa lepak-lepak atas katil sambil hapdate belog. akceli bari lepas makan meggi segera sebab terlalu lapar akibat hidu bau nasi yang baru masak. ade ke masak nasi dalam bilik memang berbau lah kan. tak pernah dibuat orang. roommates aku nii lau boleh sume benda nk buat dalam bilik sebab tak suka jumpa orang-orang sombong dalam rumah sewa nii.

panjang pulak cerita umah sewa yang langsung tak selesa tapi kena tahan laa jugak. berbalik pada tajuk. last week after register. kitaorang terus dapat baucer buku 1 malaysia. suke-suke. boleh beli novel. agak tersentap bila nak tukar boucer tu we just perlu beli 20% alat tulis. aku rasa memang tak patut laa buat buat macam tu. alat tulis tu buka nye sikit kena guna dah tu mahal pulak. hari tu aku dapat ambik 3batang pen and 1 stepler. seriously tu tak cukup. bukan tak bersyukur. boucer tu perlu dan berguna untuk kami. terima kasih pada kerajaan. woha!

ingat nak taruk gambar tapi lambat sangat loading. so next time je lah. baiii. selamat petang.

Wednesday, March 6, 2013

tunggu-tunggu

alahaiiii. cuak giler laa rase menunggu mase nii. dangan mata yang mengantuk lagi. dengan kejap hujan. kejap panas. bosan pulak tu. naek lebam bontot aku dok atas kerusi keras yang langsung tak empuk nii.  puas mengeluh dah. 

 tak puas hati la ngan jadual kuliah sem nii. ade hari yang padat giler dari 8a.m sampai 7p.m. and ade pulak hari yang just ase satu kuliah. thats not fair. lecturer kena consider laa sikit. sabar jelah.

ari-ari balik kuliah jalan kaki. habis satu sem memang gerenti kurus giler aku.

Sunday, February 17, 2013

sharing is caring

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

tak semua perkara yang kita suka adalah baik untuk kita. dan tak semua perkara yang kita tak suka adalah buruk untuk kita. hanya Allah sahaja maha mengetaui segalanya. perancangan-Nya terlalu hebat dan unik. takdir sudah tertulis untuk kita cuma kita perlu memilih jalan mana yang hendak dilalui. jika tepat pilihan kita, indah lah hidup yang akan ditempuhi. tapi jika tersalah pilih. musnah lah segalanya.

baca novel banyak membuat aku terfikir tentang lumrah kehidupan dan matlamat manusia hidup didunia. siapa kata baca novel tak memberi input dan pengetahuan. walaupun ia hanya novel tapi sudah cukup untuk membuat aku membuka mata dari segala segi. mengambil masa sejenak untuk berfikir.

hanya sekadar renungan bersama.

dari malam semalam sampai semalam, dua tiga jugaklah kawan aku bertanya dan meluahkan perasaan soal hati kat aku. aku just boleh bagi pendapat ikut ape yang aku rasa. and sikit sebanyak pendapat yang bernas tu aku ambik dalam koleksi novel-novel yang pernah aku baca. ape yang aku rasa pelik, dari dulu sampai sekarang aku selalu jadi dr.love untuk kawan-kawan, tapi pada hakikatnya cinta aku tak pernah berjaya. haha. pengalaman mematangkan fikiran.

Saturday, February 16, 2013

eh! someone text me.

sedang enak aku duduk lepak-lepak dengar lagu baca novel, tetiba! jengjejeng! dikejutkan dengan mesej seorang kawan sekolah menengah dulu. mesej nya berbunyi begini.*eh, dalam mesej pun ade bunyi jugak*

"mi, izat wk xnapok jh aku mta ko dk jle ng gwe..aku llu kot tpi pn xprase."

and i mase tu tertanya-tanya siapakah penghantar mesej itu. nombor cam pernah tengok tapi tak ingat bila cek dalam handphone satu lagi. ok, rupanya dia *mawar bukan nama sebenar*

eeerr sebenarnya izat tu my ex boyfie. we all dah break setahun lebih dah. aku pun taktahu apa motif sebenar kawan aku tu text aku semata-mata nak bagitau dia jumpa dengan lelaki tu. okey, taknak fikir negatif. maybe dia saja-saja nak aku tahu sebab aku kawan dia and pernah jadi buah hati si lelaki itu.

tapi aku punya perasaan nii, tak tahu nak cakap apa. takde lah cemburu or marah pun sebab we all memang takde pape dah sekarang. just let him with his life. and im happy with my life. terima kasih kat dia sebab dah tinggalkan aku and give me chance to get another guy better than him. bukan nak cakap besar laa tapi mase dengan die bahagia yang aku rasa tu kejap sangat. lame-lame rasa cinta yang ada tu dah tawar macam air paip. alamak! kembali jiwang pulak petang-petang nii.

nak say thanks to cikmawar sebab dah sampaikan gosip hangat nii. haha. ade lah modal nanti aku nak kenakan dia kat twitter. huhu.

Wednesday, February 13, 2013

special for my dear rumets

nak bercerita sementara tunggu puding yang dikukus masak. aku suka sangat panggil ex rumets aku "rumetsku yang tersayang". ntah kenapa name tu melekat je kat bibir tiap-tiap kali bercakap. maybe sebab aku betul-betul sayang kat diorang kot, laupun tempoh perkenalan kami sekejap je. tapi cukup terase dalam hati nii.
*ceh, ayat macam mintak kaki je kan*
ok, back to my story yang tak seberapa nii. jom kita kenal-kenal dulu dengan diorang a.k.a rumets tersayang aku.

 
our first photo, nii time MDS. dari kiri diba, ilah, aku and aida.
hajat dihati nak citer satu-satu pasal diorang, tapi ase cam takde idea. otak tengah fikir benda laen. pape pun diorang memang gempak. seribusatu kenangan telah kami cipta. thanks sebab sudi jadi kawan aku selama 5 bulan dalam bilik tu.

ni last picture for the last day sebelum semua berangkat balik negeri masing-masing.

Sunday, February 10, 2013

takde motif



dah lame tak melalut jiwang-jiwang kat blog nii rase nye. lau dulu ade je benda or kesah sedih nak bercerita. tapi sekarang bukan takde cerita, cuma takde kesempatan nak bermesra dengan encik blog.

sebelum cuti sem ritu janji ngan rumets tersayang nak update blog citer sal diorang. tapi sampai sekarang tak buat pape lagi. nii sebab masalah yang melanda pada my smartphone yang konon-kononnya pintar sangat tu and my laptop yang mintak diformat. semua benda rosak bila aku guna. kalau ikutkan aku niii punya lah lemah lembut orangnya(ini tipu).

memang agak pelik bila tak sampai setahun pun ag dah rosak. memang mintak beli baru laa nii. tengok pulak BLACKBERRY Z10. adush. terpikat hati nii rasenya. oh my daddy. lebih-lebihkan lah elaun pengajian anakmu ini. haha. pujukan mintak kaki je nii.

ade beberapa hari lagi result nak kuar, alamak. kecut perut rasanya. masih boleh meneruskan pengajian atau terpaksa mengulang. harap semua tu tak jadi lah. semoga result yang aku dapat itu cemerlang dengan jayanya, amin. babaiiii.


*sume yang diatas ditulis berdasarkan ape yang terlintas difikiran*

Friday, January 11, 2013

baru 5 hari

garagara exam tak boleh nak bukak fesbuk laa pulak. katenye benda tu akan buat aku lalai.then. suh janji tak kan online sampai habis exam. lame giler. boleh ke tahan ngan janji tu. tu lah. sape suh die buat janji ngan aku. lastlast aku sendiri pun kena buat janji jugak. maen ugut camtu lak. so, nak tak nak terpaksa laa walaupun agak berat. 
ingat senang ke nak tahan godaan fesbuk nii. haha. bila dah sume orang dalam bilik aku mengonlinekan diri mereka dan aku hanya layan radio dengar hindi power and mengadap buku. cam hape kan.

tapi aku faham niat die tak bagi aku maen benda tu. tak aku lalai. oke, aku terima alasan tu dan terima dengan hati yang tenang. #ehtenangke? 

tapi twitter layan je. tu yang takleh blah sebenarnye. sebab dia tak tahu aku ade benda alah tu. kira tak termasuk dalam perjanjian laa nii. masuk hari nii bermakna dah 5 hari aku tak online fesbuk. baguskan aku. haha(sukadalamduka)

xoxo

Friday, January 4, 2013

dah mula berangan

dari semalam rasa teruja bila si dia mula bercerita perancangan masa depan kami. semoga segalanya dipermudahkan. harapan sekarang semoga parents dapat faham dan terima niat baik kami. kenapa mesti menolak kalau betul itu takdir kita. setiap yang berlaku ada hikmahnya.

ye betul. perkara kahwin nii bukan benda main-main. akan ada yang cop kita gatal sebab belajar tak habis lagi dah sibuk nak kahwin. tapi itu lebih baik dari bercinta tanpa ikatan dan menanggung dosa. selalu nya keluarga yang cetek ilmu akan bangkang niat anak-anak untuk tamatkan zaman bujang meraka. tidak pula meraka kisah kalau anak-anak sibuk bercouple sana sini.

aish, ape aku merepek nii. ok. back to my story. si dia dah plan masa depan kami. dan kalau boleh dah taknak tangguh-tangguh lagi. walaupun keadaan lepas kahwin sama macam tak kahwin tapi itu lebih bermakna. tiada siapa boleh tolak takdir. andai itu yang tertulis. aku terima seadaanya. *ayat pasrah*

semakin banyak laa berangan nampaknya.

Tuesday, January 1, 2013

2012+1=21

alhamdulillah, maseh diberi kesempatan dari Nya untuk bernafas pada hari pertama tahun baru ini. tahun 2013 telah bermula. segala kenangan yang tercipta pada tahun 2012 ditutup dan disimpan sebagai satu kenangan yang tak akan dilupakan.

hari hari yang berlalu mengajar kita menjadi lebih matang dan lebih memahami erti kehidupan. semoga tahap kematangan seiring dengan usia yang meningkat.

pertama kali sambut tahun baru jauh dari keluarga, tak rase pun macam dah nak masuk tahun laen. semua sibuk dengan kerja masing-masing. final punya pasal macam niilah. sedar-sedar je dah pukul 12.00, takde dah mase nak mengira detik tahun baru tu.

yang paling terharu sekali bila enchek kekaseh jadi first person yang wish happy new year, tak sangka. dan azam tahun baru dia sekali lagi buat aku ase nak nanges. "nak dapat kerja elok untuk bina masa depan kita".

insyaAllah kalau niat kita baek, Allah akan bantu kita. i will always pray for you dear. so, happy new year to all yang bace blog cikai aku nii. semoga tahun ini lebih baek daripada tahun sebelumnye, amin.

XOXO