Saturday, December 22, 2012

first semester

alhamdulillah, nampaknye dah tamat semester satu pengajian aku. terlalu banyak benda yang terjadi, banyak kenangan yang tercipta. dengan test yang melambak diakhir-akhir sem. dengan report yang yang berapa menepati ciri-ciri. dengan esaimen yang kena hantar. sume benda nii membuat aku jadi lebih matang dan belajar dari kesilapan lalu. betulkan ape yang dah salah. next sem, jangan tangguhkan kerja lagi. tu yang kena ambik berat.

lets move on our picture. my new siblings.
last day with our cutest lecturer


5 orang sahabat yang tersangat sengal with our supporting lecturer
3 antara 4 lelaki poyo dalam kelas aku. haha
separuh dari kepochi girl in my class
my girlfriend for 3 years

asal hari khamis je snap pic dekat bus
me with the girls yang sengal

lecturer yang menjadi pujaan firdaus aziz. haha
this is amin, die selalu paksa aku ambik gambar die, pantang aku pegang handphone.


ok lah, tu je tayangan aku. lau nak upload sume memang berpuluh laa gambar jawabnye. banyak suka duka dalam mase dekat 5bulan nii. thankz kat korang yang dah buat ari-ari aku sentiasa ceria dan sering diiring dengan gelak tawa laupun keadaan kat sini tension tahap gaban. harap hubungan yang terbina nii kekal sampai bila-bila. see you on the next sem.

kalau ada sape-sape yang muka die tak termasuk dalam entry nii, saya mintak maaf. ni sebab gambar korang takde dalam simpanan saya.

Friday, December 14, 2012

istanbul aku datang

cerita nii memang betul-betul buat aku masuk dalam watak heroin, kesian giler. cinta jarak jauh. terlalu banyak ujian. aku pernah melalui nye. untuk kali kedua aku tengok citer nii aku nanges. sedih! T___T

then, dengan ape yang dah jadi semalam, airmata tidak dapat dibendung lagi. aku memang jiwang sikit, laupun nampak cam aku nii langsung takde perasaan.


sesungguhnye, ujian yang aku lalui dengan sidia terlalu berat. aku taktahu sejauh mane dia mampu bersabar untuk hadapi semua ini. aku faham jika dia ambik keputusan untuk tinggalkan segala impian ni. tapi kalau boleh aku akan pertahankan. doakan kebahagian kami kekal hingga keakhirnya. amin.

ok, back to our story. alasan yang lelaki tu bagi memang betul. sebab sunyi. hidup tanpa family, tanpa yang tersayang disisi. takde orang untuk berkongsi. tapi lau dah tahu tak boleh nak hidup sendirian kat negeri orang. kenapa pergi belajar jauh-jauh jugak.

kalau aku jadi dia pun, maybe aku akan curang jugak.
sebab tu aku tak suka duduk jauh. dah serik ngan cinta jarak jauh nii. ase cam bodoh giler. percaya je ape yang die cakap, but at the end, terluka babe. ok lah, thats all for today.

*bila hidup dah sebati. tak semudah itu untuk dileraikan*
tapi akhirnya, kita boleh jugak lupekan orang yang dah lukakan hati kita laupun dah lame giler kenal.
XOXO

Thursday, December 13, 2012

seriously

sejujurnya, bengang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr. im have finish my presentation. what do you feel when your report and presentation are rejected 100% ?

really frustrated and panas hati, after a few weeks we bertungkus lumus to do the report and at last, the report are rejected. time nii ase tak tahu nak cakap ape.

kiteorang bukan memandai buat interview kat situ, we already ask our lecturer about the place. then, bila dah jadi camni, she cam nak salahkan kiteorang sebab dah salah pilih tempat. perasaan tersanagt lah bengang. why not you tell me that the place is not suitable when i ask you. sesangat menyusahkan lah. dah lah we just have one week before study week.


Friday, December 7, 2012

done group project!

alhamdulillah. tenang jiwa bila dah settle submit group project. boleh tido dengan nyenyak dan aman sikit walaupun test dan quiz masih bertimpa-timpa meminta untuk dijawab. dan tak lame lagi final pula bakal menjelma.

actually, aku baru lepaz tengok movie "untuk 3 hari" semalam. maklum lah, dah takde esaimen. ape yang nak dikongsikan disini. suami si vanida imran dalam citer nii iaitu afdlin shauki sweet giler-giler. sanggup buat ape je untuk isteri die laupun isteri die tak layan die dengan baek.

tapi kesian kat bekas kekasih die(suami sebenar dialam realiti) dalam masa 3 hari je perempuan yang dah bagi die harapan kat die sampai sanggup ceraikan isteri yang tersangatlah baek dan hot sebab lepaz janji dah tertunai. si perempuan pulak dah berubah hati. hanya dalam mase 3HARI. terlalu singkat tapi itu tidak mustahil kan.

inilah hakikatnya, seorang wanita mudah berubah hati bila dah jumpa yang lebih caring pasal die, lebih memahami dirinya, lebih tahu ape yang die perlukan, layan die seperti seorang permaisuri. wah!! sweet gitu. dan aku adalah salah sorang dari wanita yang mudah berubah hati dengan layanan seorang lelaki. adush! jaga lah hatimu wahai insan yang bergelar wanita.


bila dah ade yang mencintai kita lebih dari kita mencintai die, atau kita langsung takde perasaan kat die pada mulanya. sekelip mata je kita boleh lupakan kekaseh lame dan janji hanya tinggal janji sahaja pada saat nii. wanita tak suka menunggu.

pesan pada diri sendiri: jangan mudah tergoda dengan godaan. ingat pada janji. hargai lah orang yang sayangkan kita. jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka sebab mungkin orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang. (Y)

Tuesday, November 13, 2012

maya vs realiti


sebelum memulakan cerita,

mereka merupakan kawan, teman, dan sahabat.

ALLAH aturkan antara kami 1 pertemuan...

♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak,

♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta...


♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemU/bErsama...

♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi,

♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati.

♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT"






let me introduce her..her name is Amirah bt Abd Shukor.. ni lah salah sorang kawan aku yang paling sengal.

DIA gedik, manja giler, muka tak malu, open minded, dengar cakap, yang paling aku geram ngan perangai dia. dia nii sangat lembut hati. ikut je ape orang suruh laupun benda tu takde mengena langsung ngan dia. buat keja orang sampai dia sendiri jatuh pengsan.



and one more thing about her, tak pandai potong kuku. nii memang sangat takleh blahh! haha. memalukan betul.

DIA walaupun tak pernah ade dekat disisi tapi sentiasa ade bila aku memerlukan. dia lah kawan aku yang paling banyak buat aku menangis. aku benci lau dia dah mula berangkat nak balik perak, sebab time tu mesti dia akan post benda-benda sedih kat fesbuk then buat aku yang brutal nii nangis. so hate! u r so sengal laa girl. u r a part of my live. i really love u babe.

ni gambar pertama kami


ni kawan alam maya aku. tadi first time hangout together. kenal makcik nii sejak aku ade akaun fesbuk lau tak silap. dia salah sorang kawan kepada kawan aku. mula dengan komen-komen. then chatting. bercerita dan bergosip. dari satu isu ke satu isu sampai lah isu jodoh yang tengah hot sekarang nii. haha.
she's so sempoi. boleh masuk kepala. perangai giler-giler. senang nak citer pape. mudah memberi dan menerima pendapat. ni lah orang cakap. sebuah pertemuan yang tak diduga.
hope our friendship remain forever and i wanna say thank you for you sebab dah jadi salah sorang dari sahabat saya. saya sayang kamu jugak. ehh! jap! lupe pulak nak kenalkan name makcik nii. name dia Nurul Nadiah bt Nordin atau name manje PEAH. hehe. CAPSLOCK tu penting.


jangan pedulikan muka aku yang tembam tu

makcik nii aku jumpe kat smk kandis. name diberi Noor Ashmaini bt Mohd Zawawi. so pelik laa name u.haha.

form3 just kenal-kenal camtu jer. then naek form4 kebetulan we all sekelas sampai form5. bila 2 orang manusia yang kepala masuk air menjadi kawan. gamatlah suasana

mula rapat dari kawan biase sampai sekarang menjadi sahabat. still berhubung laupun terpisah jauh nun di seberang sana.

secara jujurnye, dia seorang yang sangat sensitif. hehe. *sori babe*
and yang paling ketara sifat dia yang sume orang yang kenal dia tahu is she's soo friendly, mudah giler minah nii nak dapat kawan. dalam beberapa minit je dia boleh kenal orang and orang pun boleh kenal dia. sesangat petah bercakap. tu adalah salah satu sebab dia dapat masuk upsi and will be a teacher one day. seorang yang akan excited giler babas bila aku cerita something kat dia membuatkan aku tak sabar-sabar nak bercerita. and she always give me moral support. and she's the one person yang akan buat encheq kekaseh jelez bila aku dah start gossiping with her. aku pun sayang ko mu mek. thanks sebab selalu jadi kaunselor aku. hoho



lastly, ni lah sahabat saya, sebenarnya ramai lagi tapi kalau nak cerita sorang-sorang memang panjang laa entry kali nii. harap takde yang terasa hati ngan aku lepas nii kalau takde name korang dalam nii. maaf yer. laupun takde kat sini tapi korang tetap ade dalam hati aku.

2 lagi sahabat yang baru 3tahun kenal tapi dah macam hidup 20tahun ngan diorang are SITI NUR QUDSIYAH BT ZAHARI AND SITI NURUL ATIQAH BT MOHD SAMSURI. 
dua manusia nii dah banyak tolong aku mase aku belajar di tingkatan6 dulu, sampai aku dapat result yang tak pernah dijangka then dapat jugak merasa belajar di universiti.

terima kaseh pada korang yang pernah jadi sahabat aku dulu, sekarang dan selamanya.
aku SAYANG KORANG SANGAT-SANGAT-SANGAT. walaupun jarang berhubung tapi aku tahu korang tetap akan ade bila aku perlukan korang.
THANK YOU GIRLS.



*sila dengar*




Tuesday, October 30, 2012

kerana sabar

kerana kata-kata manusia boleh bergaduh, kerana kata-kata juga manusia boleh hilang sabar. selagi mampu bersabar. manusia akan terus bersabar. tapi kesabaran manusia juga ada batasnya. bila manusia itu sudah hilang segala kesabaran dalam diri. dia akan meletup seperti bom. pecah berderailah segalanya.

so,beware. kata-kata adalah senjata yang paling berbisa. lebih berbisa dari mata pedang.

aku, mungkin nampak seperti seorang yang tiada perasaan, hanya mampu berdiam diri dan buat seperti tiada apa yang berlaku. itu adalah kerana aku sabar dengan setiap kata-kata yang telah dilontarkan. namun bukan bermakna aku lupa akan segala kata-kata itu tapi aku pendam pendam dan pendam sehingga sampai satu tahap semua yang dipendam itu membusuk dan merebak keluar.

diam aku bukan bererti kalah, diam aku bukan bererti aku terima tapi diam aku, aku pendam segalanya. aku bukan seorang yang hanya mampu bersabar. aku seorang yang pendendam. sekali orang buat aku masih boleh memaafkan. bila dah berkali-kali dilayan seperti orang yang tiada perasaan aku akan menjadi seorang pendendam yang paling hebat. tiada siapa dapat mengubah keadaan ini.

Tuesday, October 16, 2012

selamat pagi dunia

ceceh, tajuk takleh blah. mentang-mentang laa bangun awal rini laupun takde kelas.

sedar tak sedar. dah lame kot dok kat sini. tinggal berape bulan je lagi nak tamat part1. kejapnye mase berlalu. suasana kat sini just okey, not bad. buat mase sekarang dah boleh sesuaikan diri degan keadaan sekeliling and rakan-rakan. tapi still homesick. bak kate pepatah hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tepuk dada tanya hati nak dok kat ner.

insan-insan yang sentiasa dirindui :(
tidak lupe encik kekaseh yang jauh dimata tapi dekat dihati.

Sunday, September 16, 2012

aku yang bergelar siswi

sudah 2minggu diri ini bergelar sebagai seorang mahasiswi. Alhamdulillah, semuanya baek-baek saja. sedih tak terkata pada hari pertama. mata terlalu sensitif. tapi kita tak boleh terlalu mengikut perasaan. belajar untuk kawal perasaan.


pengalaman semasa MDS memang tak dapat dilupakan. 2hari pertama keadaan agak perit, time tu ase cam nak lari balik pun ada. letih n teruk giler kot. tapi dekat-dekat nak habis tu baru rase enjoy dan dapat terima ape je aktiviti yang telah dirancang dengan hati terbuka. semua yang peer mentor buat tu adalah untuk kebaekkan kami para mahasiswa.

pape pun, aku dah bergelar seorang mahasiswi sekarang(bukan nak bangga diri). tapi rase macam laen jer bila dah belajar kat universiti nii.

*p/s: duduk rumah lagi best sebenarnya. haha

Wednesday, August 22, 2012

haPpY e¡d mUbaRaK



 salam lebaran.. salam aidilfitri.. salam 1malaysia.. haha..raye dah 3ari,,, aku baru sibuk nak update..sebab ari nii baru keluar and ade mase nak bergambar..

nii jer yang sempat snap..yang selebihnye,, akan menyusul kemudian..tu pun kalau sempat upload..

warna warni aidilfitri
mak-mak orang..haha..naseb baek aku takde..
shenyummmm...(*,*)
masing-masing wat muke hodoh..
nice pic..dah macam dok tempat musim luruh..love this so much..

nii jer yang sempat snap..yang selebihnye,, akan menyusul kemudian..tu pun kalau sempat upload..
Alhamdulillah ari nii dapat jugak ambik gambar ramai-ramai... ngan encik kekaseh sekali...kalau tak sebab pergi kenduri memang susah laa nak kumpul camnii..

pape pun,,selamat ari raya..dah lewat ucap tapi still nak gtau jugak..mohon maaf atas segala salah dan silap..

*p/s: ade 10 ari lagi nak berangkat..!____!


Friday, August 17, 2012

kian menghampiri

kalau dikira ade lebih kurang 2minggu lagi mase sebelum berangkat. satu ape pun tak ciap lagi. aku rilek je. haha. pikir-pikir-pikir. macam-macam perasaan datang. rase cam taknak pergi pun ade. semangat nak hidup dalam dunia belajar tu tak datang lagi. seru semangat sikit. *,^


ritu baru ase start puase, nii dah tinggal 2ari je lagi. cepat sungguh mase berlalu. aku pulak rase cam cepat-cepat je nak habiskan 3tahun tempoh belajar nanti.


selalu je pikir macam mane keadaan kat tempat baru nanti. sume orang cakap "untung laa dapat dekat jer.". tapi rase asing tu tetap ade. tempat yang kita tak biase kan. mula-mula tu mesti rase cuak giler babas. risaunye.
!_________!
aku yang dekat boleh rase sedih, ape lagi orang yang dapat jauh kan. bersyukur sangat sebab rezeki aku kat citu je.


benda yang paling aku tak suke ialah orientasi, tapi memang terpaksa tempuh jugak laa. sikit pun takde peluang nak elak dari orientasi. sekali lagi rase cuak datang.


rini, 16ogos. sedar tak sedar dah 4bulan in relationship with him. 4bulan rase cam 4tahun dah kenal. berbeza sangat perasaan yang ade mase bercinta dulu dengan sekarang.


aku sedang menghitung ari je sebenarnye nii. haih, sedih nak tinggalkan rumah. 
T____T 
crying again and again.

Wednesday, August 1, 2012

august is coming

alhamdulillah dah masuk 1ogos. maknenye lagi sebulan dari sekarang aku ade mase untuk prepare sume benda sebelum gi daftar. dan ini juga bermakne ade sebulan lagi dapat memegang jawatan sebagai penganggur kat rumah nii.

semakin hari hati semakin sedih memikirkan pemergian ku nanti. walaupun tempat tu dekat, tapi still ase janggal. ntah camne lah keadaan kat sane nanti. serius aku sedih nak pergi. !__!

apabila bermulanya 1ogos, aku selalu akan menghitung ari untuk birthday aku.(lagak femes cam retis je aku nii)
tapi tu lah kenyataannye. tak sabar nak tunggu that day. bila dah sampai date tu, thats mean umo dah semakin meningkat kearah ketuaan.

*p/s: badan ase cam nak demam jer kalau malam2 camni. sobbs

Wednesday, July 18, 2012

university of --------

cilok from fb cikgedik


yuhuu, aku dah check daa UITM mane aku dapat. punya lah jauh. haha. berangan dapat shah alam tapi tup-tup machang jugak tempat aku. 

beratnya rasa hati nak melangkah pergi tapi apakan daya aku terpaksa. oppps. tak jadi nak nyanyi lagu nii sebab dapat dekat sangat. haha. sume pakat gelak mase check tawaran ni.
my mum orang paling happy kot bila dapat tahu aku dapat dekat. senang katenye. jimat belanja. pastu dapat balik selalu. takde lah drama air mata nanti.

sume dah settle. aku daftar 1september nanti. lagi sebulan lebih. sempat laa nak uruskan yang mane patut. gpun dekat jer, takyah nak kelibut sangat.

Saturday, July 14, 2012

hasil sebuah usaha

setelah melalui pelbagai peringkat penantian. bermula dengan penantian keputusan STPM dan keep waiting until yesterday dapat tau jugak laa kat mane aku akan sambung belajar nanti. berbulan-bulan menunggu. lastly, UITM jugak perginye aku.

harapan sebenar nak pergi Universiti yang best-best cam UM, UKM tapi dah rezeki kat UITM nak buat camne. bersyukur laa sebab ade jugak peluang nak jejak kaki ke U cam kawan-kawan laen daripada takleh langsung kan. aku dapat course pengurusan sistem pejabat. tak sure laa dapat kerja ape nanti.

jangan laa dapat U jauh-jauh, susah nak berhubung. ssedih lak nak tinggalkan rumah. soobbs. tinggalkan insan-insan tersayang. huwaaa.(sambil lap air mata)

Saturday, July 7, 2012

open the new love story

heuw, heuw. hola averybody, im back after a long time not updating my blog. (sori lau grammar salah, im not a tesl student)

just wanna share with u about my life lately. setelah sekian lame mengalami kekecewaan yang serius yang disebabkan oleh seorang yang bergelar lelaki. akhirnye, aku bina kekuatan untuk bangkit dan membuka kisah cinta yang terbaru.

bukan senang sebenarnye nak buka pintu hati untuk insan baru lepas beberape bulan hati terluka. tapi, melihat pade kesungguhan cinta hati baru mendekati aku. sekelip mate jer hati nii boleh jatuh sayang. thats the power of love.

orang kate, lau nak cari pasangan biar orang tu lebih sayang kat kite, bukan kite yang syok sorang2 sayang giler babas kat die.

thats all for today, to be continue gambar akan ditayang pade entry akan datang.

Saturday, April 21, 2012

update blog sikit

giler lame aku tak update, sejak dapat result terus senyap. dah tak ingat aku ade blog upenye. haha. (teruknye perangai)

hari-hari yang kian sibuk membuatkan aku tak sempat nak tekan keyboard untuk mengupdate blog nii. diri sendiri pun ase dah bosan giler babas asek mengadap and buat benda same jer setiap hari. bila laa boleh resign nii??(soalan dituju khas untuk my dear anty. haha.

alang-lang dah start menulis nii, nak citer laa sikit. ari tu. aku dah delete sume mesej-mesej DIA(bukan nama sebenar). then, tak lame lepas tu. aku unfriend DIA kat fb. sebab ase dah menyampah sangat-sangat-sangat dengan status DIA. so, bersaksikan my BFF dengan sekali klik terus unfriend. tamat lah sudah riwayat DIA. 


sikit pun tak rasa menyesal. lantak lah, aku bukan ade pape pun ngan DIA. aku anggap aku tak pernah kenal pun KAU. lagi bagus camtu kan. tapi laen pulak jadinya, DIA add aku balik. sudah-sudah laa KAU buat aku menyampah dengan KAU. please laa berambuss. tak ke DIA tahu lau dah unfriend tu maknanya aku benci kau laa.

bak kata "saleem" usah diungkit sejarah dulu, luka yang lama biarkan berlalu. ada faham??!

aish, macam-macam jenis manusia yang ade. tension aku!

Thursday, March 8, 2012

syukur,Alhamdulillah.

laupun dalam keadaan yang mengantuk sekarang nii maklum laaa dah pukul 4pagi. tapi aku paksa diri jugak update blog. saje nak kongsi kegembiraan dengan encik belog. nii sume gara-gara result STPM yang dah pun keluar pagi tadi.

firstly, syukur sangat-sangat pada YANG MAHA ESA sebab dah beri yang terbaek untuk aku, memang aku tak expect langsung akan dapat pointer 3.0 ke atas. dapat pointer 3.0 pun tak pernah nii kan pulak nak target banyak-banyak. terima kasih juga untuk family, and my friends yang terlalu banyak membantu dan memberi dorongan. yang paling aku berterima kasih adalah cikgu-cikgu yang bertungkus lumus mendidik kami.


alhamdulillah, syukur tak terhingga. rase terkejut pun ade lagi nii, aku sendiri tak caye ngan result aku. camne boleh dapat camtu kan. ini dah rezeki aku, Tuhan akan bagi balasan yang setimpal dengan usaha kita selama nii. sekarang berharap supaya masih ade tempat dan peluang untuk sambung belajar ke IPTA pulak.


biar lah tak seberapa pun,aku still nak tunjuk jugak.


sepatut nya ade lima keputusan,tapi aku ambik hanya empat yang terbaek. rase nak senyum memanjang jer. tahniah juga untuk sume kawan-kawan aku yang cemerlang. korang memang terbaek lah.

Wednesday, March 7, 2012

harapan yang menggunung

YA ALLAH, semoga kejayaan itu milik aku.

nervous giler nak tunggu ari esok, dah tak tahu nak describe perasaan nii camne, rase tak sabar tapi at the same time, takut sangat-sangat. rase cam usaha jawab exam ari tu tak cukup untuk dapat result yang cemerlang. pape pun.

"hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti".(bace dengan versi ombak rindu) woha!

babai. perlu bersedia untuk ari esok. kalau result elok, aku update lagi. kalau takde citer sal result maknenye lingkup lah tu. ahaks!

*Ya Allah Ya Tuhanku,semoga segala usaha hambamu ini membuahkan hasil yang terbaek.amin.*

Monday, February 27, 2012

hati dan akal

hati dan akal tidak pernah seiring, adakala bila hati kata jangan akal pula kata ya. adakala bila hati kata ya akal pula sebaliknya.

memang sukar untuk buat keputusan apabila hati dan akal tidak berjalan seiring.

pernah juga akal menguasai hati, tapi ia akan menjadi lebih mengelirukan. akhirnya tiada keputusan yang terbaek dapat dibuat.

aku sendiri pun tidak pasti dengan hati aku. kadangkala laen yang aku fikir, laen pula tindakan yang dibuat. ini semuanya kerana hati dan akal.
tindakan tidak seperti yang dirancang.


*perlu mencuba untuk yang terbaek*

Thursday, February 16, 2012

heartbroken again,maybe.

hadir mu tidak diminta,
memberi harapan dan sinar baru dalam hidup,
tapi sayang,
ia cuma mainan perasaan.

aku selalu kalah dalam perhubungan akan sering menjadi mangsa.

Friday, February 3, 2012

feel so good

oh god!! dekat sebulan aku tak update, aku tak hilang mane-mane pun, tapi sibuk sikit sekarang. kalau dulu sibuk sebab jadi student, sekarang sibuk sebab jadi penganggur pulak. susah nak cakap ape yang aku buat sampai busy sangat tu.

novel yang ade pun tak sempat nak bace, cuba bayangkan lah camne.
alhamdulillah selepas ape yang berlaku pada aku ari tu, aku dah jadi semakin kebal dan kuat. no more tears. im always happy. thankz to Allah sebab dah tabahkan hati aku.

selama sebulan mencari kekuatan diri, timbul pulak satu lagi kisah yang akan membuatkan kepala aku berpusing 360 darjah. aku pun tak pasti ape yang akan terjadi nanti. tunggu dan lihat je lah.

Thursday, January 12, 2012

ini yang telah tertulis

kadang-kadang aku lupa yang kau bukan milik aku lagi. setiap kali kau update status kat fb mesti aku like, kalau boleh aku nak komen status kau macam dulu-dulu. tapi aku faham, aku dah tak boleh nak anggap kau kekaseh aku lagi.


sebab tu, aku buang semua gambar-gambar kau dari handphone aku, aku taknak kau terus ade dalam hati aku, aku taknak bila aku tertengok gambar kau, aku akan ingat kau maseh kekaseh aku. tapi, aku simpan semua gambar-gambar kau dalam satu folder yang aku akan cuba elak untuk buka dan tengok kenangan-kenangan kita.


aku tersenyum bila tengok kau update status sebab aku boleh tahu serba sedikit perkembangan kau. aku tersenyum sebab aku tahu kau dah bahagia dengan hidup kau sekarang tanpa aku walaupun aku maseh kesal dengan ape yang terjadi aku tetap akan doakan kebahagiaan kau. semoga kau bahagia sayangku.

Wednesday, January 4, 2012

permulaan yang baek

alhamdulillah ari nii dah 4 hari hidup dalam tahun 2012. selama 4 hari nii aku rase ade sedikit kelainan dari segi aktiviti kehidupan harian aku.


hari tu berazam untuk lupakan dia bila tahun 2012 menjelma. dengan izin Allah aku dah boleh lupa dia, lau pun kadang-kadang terlintas jugak bayangan dia dalam fikiran, tapi tak lama. laupun aku masih ingat dia, aku dah tak mampu nak menangis lagi. air mata aku dah kering untuk dia.

kau dah tak layak untuk buat aku sedih lagi, aku happy dengan hidup aku sekarang. memang terasa diri agak sunyi dan kosong tapi aku akan belajar untuk mengisi kesunyian dan kekosongan itu.


semalam tiba-tiba ingat kat dia. tak pasal-pasal dia masuk dalam mimpi aku yang tak berapa indah nii. kacau betullah. naper mesti aku mimpi dia lagi.? mungkin kah dia masih ingat kat aku. ya tuhan. kau kuatkanlah hati aku.

Sunday, January 1, 2012

perginya 2011,,,selamat datang 2012

nampaknye aku dah melangkah ke tahun 2012 ari ni,,begitu cepat mase berlalu. umur pun dah berubah, dari 19 ke 20. dah takde laa umur belas-belas.


aku taknak tanam azam banyak-banyak, sebab azam lame pun masih tak tertunai asenye. aku cuma berharap tahun 2012 nii memberi sinar baru dalam kehidupan.


tahun 2011 terlalu bayak kesedihan daripada kegembiraan. terlalu banyak duka daripada suka. terlalu banyak perkara yang tak dijangka terjadi. semua yang terjadi tu aku anggap sebagai ujian dalam kehidupan. manusia memang tak boleh lari daripada masalah.



i wish new year nii :
-masalah itu dapat diselesaikan menjelang 2012
-aku dapat lupakan DIA
-taknak sedih-sedih pikir DIA lagi