Wednesday, April 27, 2011

dont know how to say.

minggu nii memang minggu yang paling mencabar kot . fikiran aku huru-hara giler . tak tahu nak pikir ape . satu class cam tak ngam .

sume pakat cari pasal , yang pompuan gaduh ngan laki , laki gaduh sesama die . malang giler minggu nii . tak pernah2 ase camtu .

aku sendiri pun same jeh , mood sensitif giler . tak boleh orang kate sikit . mula laa nak sentap . jiwa kacau kot .

semalam pulak terlempar beg kat sii laki tu , sasaran tepat kena kat muka . terus tak cakap ngan aku . satu keja pulak aku nak pujuk die mintak maaf . bukan ape , tak best lau satu class asyik nak gaduh jer .

thats why aku seboleh2nye buat dek je lau orang cakap ape pun . lau sentap tak tentu pasal orang mudah benci . selagi aku ase benda tu tak menyentuh sensitiviti aku . lantak diorang lah nak cakap ape .

berharap agar minggu2 berikutnye , aku tidak lagi jadi cam minggu nii .

Sunday, April 24, 2011

seribusatu cheritera dalam duapuluhempat jam

semalam terlalu banyak perkara yang berlaku , sume yang jadik memang kiteorang tak expect . mula dari pagi sampai petang then malam . bermula dengan satu kesah dan ter"create" pulak kesah laen .

bermula dengan kesah excident di pagi hari . plan maen futsal dah cancel . pegi tempat kejadian tu , then temankan kawan aku yang excident 2 orang tu pegi hospital . tunggu sume beres baru leh balik rumah . petang tu plan nak pegii taman bab dah plan nak wat surprise birthday . dan memandangkan sume benda dah ciap . plan tetap plan tapi tukar lokasi .

balik dari hospital , lepak2 kat umah dalam 2 jam . then , gerak pegi umah azreen balik . pegii ciapkan makanan and macam2 lagi . balik umah dah pukul 7:10 tak silap . mandi2 pastu berciap nak gerak gii tesco pulak . sementara tunggu yang laen siap , terduduk depan pc dan ter"online" fb then terus update status kontroversi konon2 excident . haha . kite tengok sape yang kena .

mase dalam kereta tu encik I text aku . and , aku balas cam biase then ntah naper terbalas something yang buat die call aku berkali-kali , naceb baek dua2 phone in silent mode . takde lar aku terkantoi tak jawab call , tapi akhirnye kantoi jugak lah . die call maksedara aku . ini tak boleh blah r . aku relaks je lar , dah tau sape yang bagi phone number maksedare aku .

thanks to cik gedix for the information . die gitau aku dah heboh dalam fb pasal nii . balik tu ape lagi . terus online . haha . tak sangka laa sampai camtu sekali jadi nye . niat nak acah2 jer . aku rase tajuk tu tak kena sikit , bukan dalam 24jam tapi sampai pagi nii ade cerita yang bersambung dari kesah semalam . aku terlewat bangun dan tak pegii sekolah . ase frust giler sebab ari ni ade presentation . Y___Y

Friday, April 22, 2011

entry random minggu nii

update untuk seminggu terus laa,,sebab takde kesempatan nak update ari2. kesepitan tu ade lah.

1. muet dah tamat. lega giler. hope dapat result yang terbaek. ahad tu, pegi sekolah macam biase. takde p&p sebelum rehat sebab kena kemaskan dewan yang kiteorang guna. lepas rehat blajr cam biase n once again. dont like geografi alam sekitar fizikal.

2. night classes dah start ari selasa. tapi untuk subjek ekonomi jer dan ini percuma. malam tu faham sangat2 ape yang cikgu ajar, n cikgu aku tu pun cam tak garang sangat dah lepas balik dari lawatan ari tu. saya suke ekonomi. haha

3. tapi yang tak syoknye, tambahan petang still 2jam. totally tired. terkejar2 nak buat sume benda.

4. ari selasa mase nak pegi kelas malam tu, cube bawak skuter rinos kawan aku punye. tapi cam tak best. tak boleh nak biasekan diri dengan bawak motor tanpa menekan mana2 pedal di kaki. mase nak park motor tu, nak terbalik sebab tak boleh nak imbangkan badan. T___Y

5. semalam, dapat keluar pegii kbmall, makan, n wakaf che yeh. walaupun badan agak tidak sihat kerana telah mengalami jangkitan selsema dari budak mane ntah tapi aku gagahkan diri juga. dan aku telah berjaya untuk tidak membeli ape2 sekaligus tak kuarkan duit(ini merapu).haha. balik dah pukul 2a.m. ape tujuan aku bold sebab ayat tu?suke ati aku laa.

6. semalam jugak aku dapat tahu cik amirah gedik dah gedik dengan encik gedik die. haha. im glad for u dear. i think he is a good guy. sooo sweet.

7. sabtu nii iaitu esok ade match futsal dan dengan bangganye aku nak cakap, aku daftarkan name aku untuk maen game tu. sungguh tak dapat nak bayangkan. best of luck to my team n i. petang pulak ade surprise party.

8. cukup sudah entry untuk ari nii, badan dah mula rase panas dan peluh dah berlumba2 keluar dari rongga2.

Wednesday, April 13, 2011

diet oh diet

tajuk tak kena kot ngan aku. aku tak pernah laa diet giler2 sampai tak makan langsung. seminggu nii nafsu makan sedang membuak. sabtu lepas makan pizza sampai 4 slice. memang catat rekod. kalau dok kat rumah pulak mulut tak boleh dok diam, ade je makanan aku nak makan. ntah kenapa laa aku jadi kebuluran giler. macam orang kat palestin yang tak pernah jumpa makanan jer.


dalam bulan nii dah berapa kali makan pizza hut. dah addict ngan cheese die. waaaa, sedap tak boleh nak cakap kat orang. semalam pun dinner ngan pizza jugak. kalau boleh ari2 nak mam pizza, haha. botak laa kepala lau camnii. nafsu makan tak boleh nak tahan kan. makan selagi kau boleh. nanti bila dah terlentang saket datang la segala makanan yang sedap pun, takkan ade selera laa nak makan.


kawan aku cakap aku kena kawen ngan tauke pizza. haha. (sengal giler kawan aku tu)

Monday, April 11, 2011

dah boleh rase lega sikit.

update dalam keadaan mengantuk. ari nii habis test terus balik umah tapi tak sempat nak tido sebab layan tv. sebelum balik umah sempat pegii jpj. sambung lesen yang dah lame membusuk dan tak berkubur tu. melayang rm30 duitku.


semalam tido agak lewat, konon2 aku buat revision muet laa, tapi cam tak sedar diri pulak yang esoknye ade test. last2, layan fb sampai kul berape ntah. pagi tadi, bangun tu ase malas and mengantuk giler nak gerak pegi sekolah.

aku third group untuk speaking test muet. masuk bilik tu takyah citer r die punye nervous, ase nak tercabut kaki. tapi buat2 steady je laa. tajuk aku dapat tak best. "kenapa remaja perlukan nasihat ibu bapa bagi buat keputusan untuk membeli kereta". jujurnye, aku redah jer mase task A tu. tapi naseb agak baek mase task B. boleh jugak  bagi pendapat yang kirenye logik laa.

kuar bilik exam dengan senyuman menandakan aku happy sebab dah lepas satu azab ujian untuk muet. kite tunggu ujian seterusnye on saturday. chow bedah! ;)

Friday, April 8, 2011

kembali meng'update'

aku terbangun awal di pagi jumaat yang mulia nii. bukan kerana ape, cume terkejut dengan getaran telefon menandakan ade mesej masuk yang telah di hantar oleh encik contact lens di subuh hari. credit to you. kalau tak terlepas laa subuh ku pada hari minggu nii yang indah dan damai ini. ceh, ayat berbelit2.

aku nii setiap kali update mesti buat ayat same. "bussy, tak sempat nak update jer".
bukan ape, dah aku memang setiap ari,setiap mase sibuk. nak wat camne. minggu lepas balik dari cuti2 malaysia sepatutnye kena menghadapi muat ari isnin tu. tapi ade sedikit perubahan, maka MUET aku akau hadap pada isnin minggu depan. persediaan maseh 20%. tak tahu nak prepare ape.

tarikh yang ditunda memboleh aku ade mase lagi untuk buat sedikit ulangkaji. its like an exercise. extra class buat listening. dan ternyata bahagian listening agak susah nak score. mesti peka dengan ape yang di dengar. kalau tak habeh laa markah kat bahagian tu.

dan minggu nii aku rase minggu yang paling membuang mase. shitt! asal nak study je mengantok. kenapa terlalu banyak halangan untuk menempuh kejayaan.? aku cume berharap agar permulaan pada minggu hadapan adalah lebih baek dari minggu ini.

niat dihati nak buat esei sebab pagi2 nii otak tengah fresh tapi mata pulak dah layu. ;)

Sunday, April 3, 2011

(*-*)

tajuk tu takde kaitan ngan entry yang akan disampaikan nii. buat2 tak tahu je lah.

lately, sekolah buat lawatan to KL. 4hari berkampung kat sane. lawatan sekolah nii memang best. lau tak pegii menyesal laa. ni kire tahun last kot dapat jalan2 camni ngan kawan2 form6. so, gunekan mase dengan ade sebaek mungkin.


lawatan ke sekolah sultan ahmad shah paling best. students peramah n baek sangat. macam dah lame pulak kenal, ciap tukar phone number lagi tu. pertemuan yang betul2 tak di sangka. this is the great time.


1st destination for the 2nd day, um n mmu. my personal opinion tempat belajar kat um nii biase2 je kot cam universiti laen. kat mmu pulak cam canggih sangat, sume gune ict. kos pun mahal n fully english.

3rd day, going to ukm, bangi. kat sini baru ase best sangat. masuk dewan kuliah n tengok lecturer mengajar, pergi library yang merupakan library terbesar di asia n ketiga terbesar di dunia. bangga boleh dok kat situ. dah mula ambik balik angan2 nak masuk ukm yang dulu nya pernah tercicir di tengah jalan. nak masuk memang susah, pointer 3.0 n above tapi bila dah masuk. belajar tak susah macam stpm.

now, tanam balik semua angan2 yang pernah aku tinggalkan. kalau orang laen boleh. aku pun mesti boleh. insyaallah.

result exam bulan lepas dah dapat tadi. not bad laa kot. masih boleh dibaekpulih.

*miss him.