Sunday, February 17, 2013

sharing is caring

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

tak semua perkara yang kita suka adalah baik untuk kita. dan tak semua perkara yang kita tak suka adalah buruk untuk kita. hanya Allah sahaja maha mengetaui segalanya. perancangan-Nya terlalu hebat dan unik. takdir sudah tertulis untuk kita cuma kita perlu memilih jalan mana yang hendak dilalui. jika tepat pilihan kita, indah lah hidup yang akan ditempuhi. tapi jika tersalah pilih. musnah lah segalanya.

baca novel banyak membuat aku terfikir tentang lumrah kehidupan dan matlamat manusia hidup didunia. siapa kata baca novel tak memberi input dan pengetahuan. walaupun ia hanya novel tapi sudah cukup untuk membuat aku membuka mata dari segala segi. mengambil masa sejenak untuk berfikir.

hanya sekadar renungan bersama.

dari malam semalam sampai semalam, dua tiga jugaklah kawan aku bertanya dan meluahkan perasaan soal hati kat aku. aku just boleh bagi pendapat ikut ape yang aku rasa. and sikit sebanyak pendapat yang bernas tu aku ambik dalam koleksi novel-novel yang pernah aku baca. ape yang aku rasa pelik, dari dulu sampai sekarang aku selalu jadi dr.love untuk kawan-kawan, tapi pada hakikatnya cinta aku tak pernah berjaya. haha. pengalaman mematangkan fikiran.

No comments:

Post a Comment