Sunday, June 26, 2011

start a new life

nampaknya dah seminggu perubahan berlaku. sudah kedengaran sindiran mahupun kritikan. dari dulu aku dah agak ini akan aku lalui sekiranya berubah menjadi seorang yang bertudung.


and now, aku sedia untuk tadahkan telinga dan tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling.


sampai bila aku nak ikut kata orang sedangkan itu bukan sesuatu yang aku nak dalam hidup aku. aku perlu tentukan hidup aku. oleh kerana semuanya akan ditanggung sendiri. aku nekad dengan keputusan aku.


bukan berlagak alim ataupun baek. aku harap takde yang menilai aku dari sudut negatif tapi doakan aku kekal dengan perubahan ini dan tidak balik kepada yang asal.


yes, ini yang aku nak. sometimes kita kena ikut kehendak sendiri, bukan niat untuk memperlekehkan sesiapa dan menderhakai sesiapa. aku cuma nak semua terima perubahan diri aku seadanya.

Saturday, June 18, 2011

selera besar

lepas derma darah bulan lepas, aku rase mulut aku nii asyik nak makan jer. perut pulak tak reti nak kenyang langsung. bangun pagi-pagi perut dah nyanyi, sebelum lunch pulak sibuk nanges minta makanan.



letih laa aku lau camnii, nafsu makan membuak-buak. lau ikutkan rase mulut nii, tak tahu laa berat aku nanti berapa.



pastu dalam seminggu pulak 3,4 kali melantak pizza. tak ke keja giler tu. pikiran nii ase rindu je ngan makanan tu. aku yang lemah iman nii, takleh nak kawal nafsu. ape lagi, makan laa. dah ketagih ngan cheese tu aku ase.




ape laa nak jadi nii. dalam risau-risau pun, makan tetap makan. dah sebulan derma darah tu. ntah berapa laa berat aku sekarang. harap still maintain laupun aku rase cam dah gemuk sangat.

Monday, June 13, 2011

sedang nervous

hari nii firstday gi sekolah dah ade orang cakap sal result muet.

dalam ati aku "aii,cepat nye dah kuar result".


okay, taknak cakap banyak. aku takut nak check tapi nak tahu jugak. totally excited and nervous. just doakan naseb menyebelahi aku dan harapan untuk dapat atleast band3 tu ade lar.


pehal pulak lutut tiba-tiba ketar nii. Ya Allah semoga Engkau makbulkan doa hamba-Mu ini. amin.

pegii ambik phone kejap.
.
.
.
.
.
.
.

sms sent. done!

dah 10minit, still tak dapat lagi. aaarggh!! lamenye. just keep waiting.

sesungguhnya penantian adalah suatu penyeksaan.

Saturday, June 11, 2011

what???kahwin?

untuk kedua kali nye ade lagi orang tanya aku "bila nak kawen?"

aduhaiii, naper mesti ade lagi orang tanya pasal nii kat aku. tak faham betul. dalam minggu yang same lak tu.


mentang-mentang laa die tu dah kawen. tanya aku balik pulak. tak dapat aku nak jawab. i have no idea, no answer. tapi aku jawab jugak "takde calon".

aku tunggu laki macam seth kot. hee. perasan giler minah nii.


sejak-sejak ade citer nora elena nii, aku ase sume pompuan dah berangan nak dapat laki cam Seth. termasuk aku laa kot. haha, nak jugak aku pun. entah ade ke tak laki cam tu kat dunia sekarang nii.

dunia lakonan tak same dengan realiti, sume watak perfect. realiti memang susah nak jumpe laa yang ade pakej lengkap camtu.

*p/s untuk diri sendiri: banyak-banyakkan berdoa supaya dapat calon suami macam tu. haha

Thursday, June 9, 2011

cam tak patut je

tadi, chatting ngan kawan lame mase sekolah rendah dulu. tetibe jer tanya aku bile nak kawen. aiseymen, aku baru 18TAHUN 10BULAN(mungkin)

tanya cam tu buat aku ase macam dah berumur 30 and above jer, buat aku ase tua pulak. tak masuk akal tanya soalan tu kat aku yang masih  muda bergetah nii.


jangan la nanti ade lagi yang tanya aku soalan nii, hopefully. kelakar pulak ase. pelik-pelik.


ari nii agak letih temankan orang shopping, and aku dah berjaya tidak membeli ape-ape. good job for me.

bukan taknak shopping tapi takde benda nak beli kot sebab minggu lepas dah beli baju. almari pun dah agak sesak, so stop dulu membeli.

alamak, sekolah dah nak bukak. still dalam mood cuti sebenarnye.



Sunday, June 5, 2011

again and again

semalam dinner makan pizza, balik-balik umah ade pizza lagi.
tapi dah tak makan, just tengok. hehe

pagi tadi breakfast dengan pizza lagi. yummy. giler pizza betul aku nii.


sebelum sign in blog tadi banyak jeh idea nak update, tapi dah bukak new post tak tahu nak tulis ape lak. blur kejap.

dekat fb semalam heboh dok komen pic aku makan pizza. and i wanna say sorry to my aunt, i dah delete that pic. hehe. jangan marah haa.

dan semalam lagi, overdose vitaminE. sepatutnye telan sebijik jer. tapi malam tu telan lagi sebijik sebab aku lupe pagi dah telan. nampaknye cepat laa hilang parut kat muka aku nii gara-gara overdose. haha


and, once again i miss him.

Friday, June 3, 2011

hingga ke akhirnya

hooraaaaaayy!! habis jugak novel tu aku baca. laupun ambik mase yang agak lame. dekat 3minggu kot nak habiskan.

jalan citer die agak kureng lau nak dibandingkan dengan novel-novel laen, tapi boleh laa setakat nak hilangkan bosan tu.

then, aku ase citer die cam tak berapa logik mase kat tengah-tengah tu. but, still ok. happy ending. terlalu banyak cabaran dalam perhubungan namun bahagia juga akhirnya. setianya seorang suami walaupun isterinya sudah tiada.

aaarggh!! masih adakah lelaki seperti itu dalam dunia nii?(ini ayat novel, bukan ayat aku). watak-watak novel hanya ilusi, sememangnya, yang sempurna itu tidak pernah wujud.



*tajuk novel merujuk pada tajuk entry.

Wednesday, June 1, 2011

thanks to u

tujuan up entry nii untuk cakap padan muka kat cik gedik sebab  kena belikan aku handbag tu. naseb la kan, sape suh u niat camtu. tak pasal-pasal kena belanja i beg tu. haha

tujuan laen up entry nii sebab baru pandai nak tagged link tu.

tu je nak gitau. btw, thanks yaa cik gedik. laen kali sila berjanji lagi.