Sunday, February 17, 2013

sharing is caring

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

tak semua perkara yang kita suka adalah baik untuk kita. dan tak semua perkara yang kita tak suka adalah buruk untuk kita. hanya Allah sahaja maha mengetaui segalanya. perancangan-Nya terlalu hebat dan unik. takdir sudah tertulis untuk kita cuma kita perlu memilih jalan mana yang hendak dilalui. jika tepat pilihan kita, indah lah hidup yang akan ditempuhi. tapi jika tersalah pilih. musnah lah segalanya.

baca novel banyak membuat aku terfikir tentang lumrah kehidupan dan matlamat manusia hidup didunia. siapa kata baca novel tak memberi input dan pengetahuan. walaupun ia hanya novel tapi sudah cukup untuk membuat aku membuka mata dari segala segi. mengambil masa sejenak untuk berfikir.

hanya sekadar renungan bersama.

dari malam semalam sampai semalam, dua tiga jugaklah kawan aku bertanya dan meluahkan perasaan soal hati kat aku. aku just boleh bagi pendapat ikut ape yang aku rasa. and sikit sebanyak pendapat yang bernas tu aku ambik dalam koleksi novel-novel yang pernah aku baca. ape yang aku rasa pelik, dari dulu sampai sekarang aku selalu jadi dr.love untuk kawan-kawan, tapi pada hakikatnya cinta aku tak pernah berjaya. haha. pengalaman mematangkan fikiran.

Saturday, February 16, 2013

eh! someone text me.

sedang enak aku duduk lepak-lepak dengar lagu baca novel, tetiba! jengjejeng! dikejutkan dengan mesej seorang kawan sekolah menengah dulu. mesej nya berbunyi begini.*eh, dalam mesej pun ade bunyi jugak*

"mi, izat wk xnapok jh aku mta ko dk jle ng gwe..aku llu kot tpi pn xprase."

and i mase tu tertanya-tanya siapakah penghantar mesej itu. nombor cam pernah tengok tapi tak ingat bila cek dalam handphone satu lagi. ok, rupanya dia *mawar bukan nama sebenar*

eeerr sebenarnya izat tu my ex boyfie. we all dah break setahun lebih dah. aku pun taktahu apa motif sebenar kawan aku tu text aku semata-mata nak bagitau dia jumpa dengan lelaki tu. okey, taknak fikir negatif. maybe dia saja-saja nak aku tahu sebab aku kawan dia and pernah jadi buah hati si lelaki itu.

tapi aku punya perasaan nii, tak tahu nak cakap apa. takde lah cemburu or marah pun sebab we all memang takde pape dah sekarang. just let him with his life. and im happy with my life. terima kasih kat dia sebab dah tinggalkan aku and give me chance to get another guy better than him. bukan nak cakap besar laa tapi mase dengan die bahagia yang aku rasa tu kejap sangat. lame-lame rasa cinta yang ada tu dah tawar macam air paip. alamak! kembali jiwang pulak petang-petang nii.

nak say thanks to cikmawar sebab dah sampaikan gosip hangat nii. haha. ade lah modal nanti aku nak kenakan dia kat twitter. huhu.

Wednesday, February 13, 2013

special for my dear rumets

nak bercerita sementara tunggu puding yang dikukus masak. aku suka sangat panggil ex rumets aku "rumetsku yang tersayang". ntah kenapa name tu melekat je kat bibir tiap-tiap kali bercakap. maybe sebab aku betul-betul sayang kat diorang kot, laupun tempoh perkenalan kami sekejap je. tapi cukup terase dalam hati nii.
*ceh, ayat macam mintak kaki je kan*
ok, back to my story yang tak seberapa nii. jom kita kenal-kenal dulu dengan diorang a.k.a rumets tersayang aku.

 
our first photo, nii time MDS. dari kiri diba, ilah, aku and aida.
hajat dihati nak citer satu-satu pasal diorang, tapi ase cam takde idea. otak tengah fikir benda laen. pape pun diorang memang gempak. seribusatu kenangan telah kami cipta. thanks sebab sudi jadi kawan aku selama 5 bulan dalam bilik tu.

ni last picture for the last day sebelum semua berangkat balik negeri masing-masing.

Sunday, February 10, 2013

takde motif



dah lame tak melalut jiwang-jiwang kat blog nii rase nye. lau dulu ade je benda or kesah sedih nak bercerita. tapi sekarang bukan takde cerita, cuma takde kesempatan nak bermesra dengan encik blog.

sebelum cuti sem ritu janji ngan rumets tersayang nak update blog citer sal diorang. tapi sampai sekarang tak buat pape lagi. nii sebab masalah yang melanda pada my smartphone yang konon-kononnya pintar sangat tu and my laptop yang mintak diformat. semua benda rosak bila aku guna. kalau ikutkan aku niii punya lah lemah lembut orangnya(ini tipu).

memang agak pelik bila tak sampai setahun pun ag dah rosak. memang mintak beli baru laa nii. tengok pulak BLACKBERRY Z10. adush. terpikat hati nii rasenya. oh my daddy. lebih-lebihkan lah elaun pengajian anakmu ini. haha. pujukan mintak kaki je nii.

ade beberapa hari lagi result nak kuar, alamak. kecut perut rasanya. masih boleh meneruskan pengajian atau terpaksa mengulang. harap semua tu tak jadi lah. semoga result yang aku dapat itu cemerlang dengan jayanya, amin. babaiiii.


*sume yang diatas ditulis berdasarkan ape yang terlintas difikiran*