Saturday, December 22, 2012

first semester

alhamdulillah, nampaknye dah tamat semester satu pengajian aku. terlalu banyak benda yang terjadi, banyak kenangan yang tercipta. dengan test yang melambak diakhir-akhir sem. dengan report yang yang berapa menepati ciri-ciri. dengan esaimen yang kena hantar. sume benda nii membuat aku jadi lebih matang dan belajar dari kesilapan lalu. betulkan ape yang dah salah. next sem, jangan tangguhkan kerja lagi. tu yang kena ambik berat.

lets move on our picture. my new siblings.
last day with our cutest lecturer


5 orang sahabat yang tersangat sengal with our supporting lecturer
3 antara 4 lelaki poyo dalam kelas aku. haha
separuh dari kepochi girl in my class
my girlfriend for 3 years

asal hari khamis je snap pic dekat bus
me with the girls yang sengal

lecturer yang menjadi pujaan firdaus aziz. haha
this is amin, die selalu paksa aku ambik gambar die, pantang aku pegang handphone.


ok lah, tu je tayangan aku. lau nak upload sume memang berpuluh laa gambar jawabnye. banyak suka duka dalam mase dekat 5bulan nii. thankz kat korang yang dah buat ari-ari aku sentiasa ceria dan sering diiring dengan gelak tawa laupun keadaan kat sini tension tahap gaban. harap hubungan yang terbina nii kekal sampai bila-bila. see you on the next sem.

kalau ada sape-sape yang muka die tak termasuk dalam entry nii, saya mintak maaf. ni sebab gambar korang takde dalam simpanan saya.

Friday, December 14, 2012

istanbul aku datang

cerita nii memang betul-betul buat aku masuk dalam watak heroin, kesian giler. cinta jarak jauh. terlalu banyak ujian. aku pernah melalui nye. untuk kali kedua aku tengok citer nii aku nanges. sedih! T___T

then, dengan ape yang dah jadi semalam, airmata tidak dapat dibendung lagi. aku memang jiwang sikit, laupun nampak cam aku nii langsung takde perasaan.


sesungguhnye, ujian yang aku lalui dengan sidia terlalu berat. aku taktahu sejauh mane dia mampu bersabar untuk hadapi semua ini. aku faham jika dia ambik keputusan untuk tinggalkan segala impian ni. tapi kalau boleh aku akan pertahankan. doakan kebahagian kami kekal hingga keakhirnya. amin.

ok, back to our story. alasan yang lelaki tu bagi memang betul. sebab sunyi. hidup tanpa family, tanpa yang tersayang disisi. takde orang untuk berkongsi. tapi lau dah tahu tak boleh nak hidup sendirian kat negeri orang. kenapa pergi belajar jauh-jauh jugak.

kalau aku jadi dia pun, maybe aku akan curang jugak.
sebab tu aku tak suka duduk jauh. dah serik ngan cinta jarak jauh nii. ase cam bodoh giler. percaya je ape yang die cakap, but at the end, terluka babe. ok lah, thats all for today.

*bila hidup dah sebati. tak semudah itu untuk dileraikan*
tapi akhirnya, kita boleh jugak lupekan orang yang dah lukakan hati kita laupun dah lame giler kenal.
XOXO

Thursday, December 13, 2012

seriously

sejujurnya, bengang gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr. im have finish my presentation. what do you feel when your report and presentation are rejected 100% ?

really frustrated and panas hati, after a few weeks we bertungkus lumus to do the report and at last, the report are rejected. time nii ase tak tahu nak cakap ape.

kiteorang bukan memandai buat interview kat situ, we already ask our lecturer about the place. then, bila dah jadi camni, she cam nak salahkan kiteorang sebab dah salah pilih tempat. perasaan tersanagt lah bengang. why not you tell me that the place is not suitable when i ask you. sesangat menyusahkan lah. dah lah we just have one week before study week.


Friday, December 7, 2012

done group project!

alhamdulillah. tenang jiwa bila dah settle submit group project. boleh tido dengan nyenyak dan aman sikit walaupun test dan quiz masih bertimpa-timpa meminta untuk dijawab. dan tak lame lagi final pula bakal menjelma.

actually, aku baru lepaz tengok movie "untuk 3 hari" semalam. maklum lah, dah takde esaimen. ape yang nak dikongsikan disini. suami si vanida imran dalam citer nii iaitu afdlin shauki sweet giler-giler. sanggup buat ape je untuk isteri die laupun isteri die tak layan die dengan baek.

tapi kesian kat bekas kekasih die(suami sebenar dialam realiti) dalam masa 3 hari je perempuan yang dah bagi die harapan kat die sampai sanggup ceraikan isteri yang tersangatlah baek dan hot sebab lepaz janji dah tertunai. si perempuan pulak dah berubah hati. hanya dalam mase 3HARI. terlalu singkat tapi itu tidak mustahil kan.

inilah hakikatnya, seorang wanita mudah berubah hati bila dah jumpa yang lebih caring pasal die, lebih memahami dirinya, lebih tahu ape yang die perlukan, layan die seperti seorang permaisuri. wah!! sweet gitu. dan aku adalah salah sorang dari wanita yang mudah berubah hati dengan layanan seorang lelaki. adush! jaga lah hatimu wahai insan yang bergelar wanita.


bila dah ade yang mencintai kita lebih dari kita mencintai die, atau kita langsung takde perasaan kat die pada mulanya. sekelip mata je kita boleh lupakan kekaseh lame dan janji hanya tinggal janji sahaja pada saat nii. wanita tak suka menunggu.

pesan pada diri sendiri: jangan mudah tergoda dengan godaan. ingat pada janji. hargai lah orang yang sayangkan kita. jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka sebab mungkin orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang. (Y)