Saturday, July 23, 2011

cerita pagi sabtu

hola-hola, awal-awal pagi lagi dah bangun solat subuh. nii baru siap buat kerja untuk submit esok. dari minggu lepas lagi buat tapi tak siap-siap. mana nak siapnya kalau ari-ari asyik bertambah.  macam nii hidup pelajar stpm. ~sigh


minggu lepas yayasan jantung ade datang kat sekolah untuk buat pemeriksaan kesihatan. and, we all students form6 laa yang jadi sasaran diorang. lepas register sume, masing-masing tunggu giliran.


then, tibe laa giliran aku. first ambik darah dulu. tak rase pape pun sebab dah derma darah kan ari tu. rilek je la. tapi aku tengok kawan aku yang sorang tu cam risau jeh muka die bila tengok nurse ambik darah. memang die nii jenis takut kat jarum, tak sangka lak ade jugak laki camni. aish, macam-macam laa manusia nii. haha



aku punya result kesihatan tu memang ok lar sume, yang paling aku nak gelak besar bila tengok fat to lose tu lah. 9kg babe. kawan-kawan yang laen sikit jer fat to lose die laupun badan lagi besar dari aku. aku yang terkeciik dalam kalangan diorang nii, sekali kena 9kg. hambek kau. haha


classmates aku tengok result, ape lagi. suke je laa diorang bahan aku. aku ase benda tu salah tafsir kot. (taknak terima kenyataan)


berat makin bertambah, makan pun makin banyak. bak kata maksedare aku. aku makan bukan cam fat to lose. tapi more to fat to gain.


p/s* makan lagi untuk membesar dengan kuat. huhuhu
btw, blog aku dah banyak sesawang sebab dah lame tak update.

Saturday, July 16, 2011

dah berkurun asenye

hola-hola. sekarng update live dari rumah jam 5:36 A.M. awal kan aku bangun, bukan sebab ape. bangun solat isyak jer, semalam balik dari dinner terus dibuai mimpi. itu lah padah nye.


nii gara-gara dah malas nak sambung tido balik,jenguk-jenguk blog kejap sementara tunggu subuh then, kena wat keja ape yang patut. arii nii dah sabtu. hadoii, esok dah ahad kena pegii sekolah. cuti 2 ari berlalu cam tu jer. inilah dinamakan "life".


pagi-pagi buta nii, takde cter nak share. tapi cam biase. tangan still gatal nak menaip. nampaknye dah masuk subuh, chow dululah.


miss him like crazy. ;(

Wednesday, July 6, 2011

semakin menjadi-jadi nampaknya

adess, pening laa sekarang nii. esaimen tak banyak tapi tak sempat jugak nak buat ulangkaji. mana taknya, balik kelas dah pukul 5 pastu malam sambung lagi ngan nite classes, balik dah penat sah-sah laa tak larat nak study lame-lame.


okay, lupekan pasal tu kejap. apa yang aku perhatikan budak-budak kelas aku minggu nii memang berada ditahap yang tak terkawal. nii sume sejak ketua aku balik dari lawatan. die pun dah jadi cam tak tentu arah je aku tengok. nii sume angkara angau la kot. haha. ketua ngan anak buah same jer perangai.

.
.
.
.
.
aku pulak cam biase lah, asal dengar or tengok budak-budak kelas menggila. keja aku gelak je. last-last aku pulak terkena balik. memang laa diorang nii banyak idea nak kenakan orang, tapi aku relax je lah kena bahan pun. takde lah nak simpan dalam hati sangat. sekadar gurauan semata-mata.

dah tahun akhir kan, cepat je mase berlalu. tahun depan dah takleh nak jumpa diorang cam sekarang. dah dekat exam nii. sebab tension kot kiteorang jadi macam nii.

dah laa, bukan nak citer ape pun. tapi saje nak update sebab dah lame tak mengupdate.

Friday, July 1, 2011

alkisah satujulai

ari nii satujulaiduaribusebelas. like always hari cuti yang teramat-amat-amat membosankan. tak tahu nak buat ape. esaimen untuk ari ahad nii dah ciap, just untuk yang akan datang belum ciap lagi sebab still tak cari bahan a.k.a dalam kurungan aku malas.


ari nii dah masuk bulan julai iaitu bulan TUJUH. (ntah berapa kali laa aku nak ulang ayat yang same nii)
.
.
.
disebabkan nii dah bulan 7, makanya hanya tinggal beberapa bulan jer lagi nak pegii berperang. cikgu-cikgu pun nampaknya dah mula nak push students die supaya tak lagi buang mase and always bagi peringatan yang mase dah suntuk sekarang.
.
.
.
tapi students diorang nii cam biase lar, time dengar tu timbul laa kejap kesedaran. lepas 10minit dah tak ingat. haha. siot kan .camtu laa kenyataannya.
.
.
.
tension sekarang masih ditahap yang boleh dikawal. laupun minggu nii dah mula sibuk ngan kelas pagi, petang, malam. tapi still boleh cool. alah, berlagak, baru first week boleh laa aku cool. cuba dua-tiga minggu lagi tak tahu laa macam mana.



esok ari sabtu sepatutnya cuti tapi terpaksa pegii sekolah untuk larian 1Malaysia yang tahpape tu. habis laa lemak-lemak aku nii.