Thursday, January 12, 2012

ini yang telah tertulis

kadang-kadang aku lupa yang kau bukan milik aku lagi. setiap kali kau update status kat fb mesti aku like, kalau boleh aku nak komen status kau macam dulu-dulu. tapi aku faham, aku dah tak boleh nak anggap kau kekaseh aku lagi.


sebab tu, aku buang semua gambar-gambar kau dari handphone aku, aku taknak kau terus ade dalam hati aku, aku taknak bila aku tertengok gambar kau, aku akan ingat kau maseh kekaseh aku. tapi, aku simpan semua gambar-gambar kau dalam satu folder yang aku akan cuba elak untuk buka dan tengok kenangan-kenangan kita.


aku tersenyum bila tengok kau update status sebab aku boleh tahu serba sedikit perkembangan kau. aku tersenyum sebab aku tahu kau dah bahagia dengan hidup kau sekarang tanpa aku walaupun aku maseh kesal dengan ape yang terjadi aku tetap akan doakan kebahagiaan kau. semoga kau bahagia sayangku.

Wednesday, January 4, 2012

permulaan yang baek

alhamdulillah ari nii dah 4 hari hidup dalam tahun 2012. selama 4 hari nii aku rase ade sedikit kelainan dari segi aktiviti kehidupan harian aku.


hari tu berazam untuk lupakan dia bila tahun 2012 menjelma. dengan izin Allah aku dah boleh lupa dia, lau pun kadang-kadang terlintas jugak bayangan dia dalam fikiran, tapi tak lama. laupun aku masih ingat dia, aku dah tak mampu nak menangis lagi. air mata aku dah kering untuk dia.

kau dah tak layak untuk buat aku sedih lagi, aku happy dengan hidup aku sekarang. memang terasa diri agak sunyi dan kosong tapi aku akan belajar untuk mengisi kesunyian dan kekosongan itu.


semalam tiba-tiba ingat kat dia. tak pasal-pasal dia masuk dalam mimpi aku yang tak berapa indah nii. kacau betullah. naper mesti aku mimpi dia lagi.? mungkin kah dia masih ingat kat aku. ya tuhan. kau kuatkanlah hati aku.

Sunday, January 1, 2012

perginya 2011,,,selamat datang 2012

nampaknye aku dah melangkah ke tahun 2012 ari ni,,begitu cepat mase berlalu. umur pun dah berubah, dari 19 ke 20. dah takde laa umur belas-belas.


aku taknak tanam azam banyak-banyak, sebab azam lame pun masih tak tertunai asenye. aku cuma berharap tahun 2012 nii memberi sinar baru dalam kehidupan.


tahun 2011 terlalu bayak kesedihan daripada kegembiraan. terlalu banyak duka daripada suka. terlalu banyak perkara yang tak dijangka terjadi. semua yang terjadi tu aku anggap sebagai ujian dalam kehidupan. manusia memang tak boleh lari daripada masalah.



i wish new year nii :
-masalah itu dapat diselesaikan menjelang 2012
-aku dapat lupakan DIA
-taknak sedih-sedih pikir DIA lagi