Thursday, November 17, 2011

am i ready?????

persediaan untuk masuk exam
okep nak citer sikit sal gambor tu. 
pen kat atas tu dapat percuma tadi. ekcely pen nii kiteorang(budak kelas aku) terpaksa beli sebab markah trial jatuh merudum. kira nii denda laa untuk kiteorang sebab tak buat betul-betul exam tu.

aku kena beli 21 batang pen sebab markah turun sebanyak 21 markah. then lepas dicampur dengan classmate punye dapat laa 100++

cikgu aku pun tak tahu nak buat ape ng pen yang banyak camni. so, die ambik keputusan bagi balik kat kiteorang untuk jawab exam nanti. dapat laa 8batang pen sorang. tapi aku dapat sebelas. 2 batang lebih sebab markah latihan tinggi and sebatang ag pemberian encik razis.

kalau ikutkan gambar tu nampak cam aku excited giler laa nak masuk exam. tapi hakikatnye, Tuhan saje yang tahu peraasan aku nii.

maybe untuk exam paling bayak pun aku gune 3batang jer kot. yang selebihnye simpan buat kenangan.

Saturday, November 12, 2011

pelbagai rase

malam nii tibe-tibe tergerak hati nak update belog, terlalu banyak coretan yang ingin dikongsi namun tidak terluah. ini hanya sekadar coretan hati yang biase bagi orang laen tapi sangat bermakna untuk aku.

aku sedang menghitung ari  menanti detik-detik penting yang akan menentukan mase depan sama ada cerah atau suram. mase yang menghampiri membuatkan aku ragu. ragu dengan keputusan sendiri, ragu dengan kemampuan aku untuk menghadapi semua ini.

adakah ini pilihan yang terbaek untuk hidup aku. segalanya telah tertulis dan telah ditentukan oleh-Nya. dan aku, hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal semoga segala urusan dipermudahkan. amin.

okay, tu citer aku akan masuk exam minggu depan. 21.11.2011.


kepercayaan aku semakin terhakis. ini mungkin perasaan aku atau dia benar-benar sudah berubah. aku tidak tahu. yang pasti jarak adalah punca segala-galanya.
bukan senang untuk setia dan bukan susah untuk jujur. hubungan jarak jauh memerlukan kejujuran dan kepercayaan antara satu sama laen.

aku tidak pasti tentang hubungan kami. mungkin kerana kesibukan kami sendiri atau sebab si dia yang sudah ada pengganti yang lebih dekat. aku hanya mampu berdoa.

seandainya telah ditetapkan dia adalah tercipta untukku, aku terima dan seandainya die bukan tercipta untukku aku pasrah. mungkin tuhan akan berikan aku seseorang yang lebih baek untuk aku.


*oops,maaf. entry agak jiwang malam nii. dah lame pendam perasaan sensorang. yang taknak bace boleh skip jer. aku menulis hanya untuk meluah kan isi hati.