Sunday, February 17, 2013

sharing is caring

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

tak semua perkara yang kita suka adalah baik untuk kita. dan tak semua perkara yang kita tak suka adalah buruk untuk kita. hanya Allah sahaja maha mengetaui segalanya. perancangan-Nya terlalu hebat dan unik. takdir sudah tertulis untuk kita cuma kita perlu memilih jalan mana yang hendak dilalui. jika tepat pilihan kita, indah lah hidup yang akan ditempuhi. tapi jika tersalah pilih. musnah lah segalanya.

baca novel banyak membuat aku terfikir tentang lumrah kehidupan dan matlamat manusia hidup didunia. siapa kata baca novel tak memberi input dan pengetahuan. walaupun ia hanya novel tapi sudah cukup untuk membuat aku membuka mata dari segala segi. mengambil masa sejenak untuk berfikir.

hanya sekadar renungan bersama.

dari malam semalam sampai semalam, dua tiga jugaklah kawan aku bertanya dan meluahkan perasaan soal hati kat aku. aku just boleh bagi pendapat ikut ape yang aku rasa. and sikit sebanyak pendapat yang bernas tu aku ambik dalam koleksi novel-novel yang pernah aku baca. ape yang aku rasa pelik, dari dulu sampai sekarang aku selalu jadi dr.love untuk kawan-kawan, tapi pada hakikatnya cinta aku tak pernah berjaya. haha. pengalaman mematangkan fikiran.

Saturday, February 16, 2013

eh! someone text me.

sedang enak aku duduk lepak-lepak dengar lagu baca novel, tetiba! jengjejeng! dikejutkan dengan mesej seorang kawan sekolah menengah dulu. mesej nya berbunyi begini.*eh, dalam mesej pun ade bunyi jugak*

"mi, izat wk xnapok jh aku mta ko dk jle ng gwe..aku llu kot tpi pn xprase."

and i mase tu tertanya-tanya siapakah penghantar mesej itu. nombor cam pernah tengok tapi tak ingat bila cek dalam handphone satu lagi. ok, rupanya dia *mawar bukan nama sebenar*

eeerr sebenarnya izat tu my ex boyfie. we all dah break setahun lebih dah. aku pun taktahu apa motif sebenar kawan aku tu text aku semata-mata nak bagitau dia jumpa dengan lelaki tu. okey, taknak fikir negatif. maybe dia saja-saja nak aku tahu sebab aku kawan dia and pernah jadi buah hati si lelaki itu.

tapi aku punya perasaan nii, tak tahu nak cakap apa. takde lah cemburu or marah pun sebab we all memang takde pape dah sekarang. just let him with his life. and im happy with my life. terima kasih kat dia sebab dah tinggalkan aku and give me chance to get another guy better than him. bukan nak cakap besar laa tapi mase dengan die bahagia yang aku rasa tu kejap sangat. lame-lame rasa cinta yang ada tu dah tawar macam air paip. alamak! kembali jiwang pulak petang-petang nii.

nak say thanks to cikmawar sebab dah sampaikan gosip hangat nii. haha. ade lah modal nanti aku nak kenakan dia kat twitter. huhu.

Wednesday, February 13, 2013

special for my dear rumets

nak bercerita sementara tunggu puding yang dikukus masak. aku suka sangat panggil ex rumets aku "rumetsku yang tersayang". ntah kenapa name tu melekat je kat bibir tiap-tiap kali bercakap. maybe sebab aku betul-betul sayang kat diorang kot, laupun tempoh perkenalan kami sekejap je. tapi cukup terase dalam hati nii.
*ceh, ayat macam mintak kaki je kan*
ok, back to my story yang tak seberapa nii. jom kita kenal-kenal dulu dengan diorang a.k.a rumets tersayang aku.

 
our first photo, nii time MDS. dari kiri diba, ilah, aku and aida.
hajat dihati nak citer satu-satu pasal diorang, tapi ase cam takde idea. otak tengah fikir benda laen. pape pun diorang memang gempak. seribusatu kenangan telah kami cipta. thanks sebab sudi jadi kawan aku selama 5 bulan dalam bilik tu.

ni last picture for the last day sebelum semua berangkat balik negeri masing-masing.

Sunday, February 10, 2013

takde motif



dah lame tak melalut jiwang-jiwang kat blog nii rase nye. lau dulu ade je benda or kesah sedih nak bercerita. tapi sekarang bukan takde cerita, cuma takde kesempatan nak bermesra dengan encik blog.

sebelum cuti sem ritu janji ngan rumets tersayang nak update blog citer sal diorang. tapi sampai sekarang tak buat pape lagi. nii sebab masalah yang melanda pada my smartphone yang konon-kononnya pintar sangat tu and my laptop yang mintak diformat. semua benda rosak bila aku guna. kalau ikutkan aku niii punya lah lemah lembut orangnya(ini tipu).

memang agak pelik bila tak sampai setahun pun ag dah rosak. memang mintak beli baru laa nii. tengok pulak BLACKBERRY Z10. adush. terpikat hati nii rasenya. oh my daddy. lebih-lebihkan lah elaun pengajian anakmu ini. haha. pujukan mintak kaki je nii.

ade beberapa hari lagi result nak kuar, alamak. kecut perut rasanya. masih boleh meneruskan pengajian atau terpaksa mengulang. harap semua tu tak jadi lah. semoga result yang aku dapat itu cemerlang dengan jayanya, amin. babaiiii.


*sume yang diatas ditulis berdasarkan ape yang terlintas difikiran*

Friday, January 11, 2013

baru 5 hari

garagara exam tak boleh nak bukak fesbuk laa pulak. katenye benda tu akan buat aku lalai.then. suh janji tak kan online sampai habis exam. lame giler. boleh ke tahan ngan janji tu. tu lah. sape suh die buat janji ngan aku. lastlast aku sendiri pun kena buat janji jugak. maen ugut camtu lak. so, nak tak nak terpaksa laa walaupun agak berat. 
ingat senang ke nak tahan godaan fesbuk nii. haha. bila dah sume orang dalam bilik aku mengonlinekan diri mereka dan aku hanya layan radio dengar hindi power and mengadap buku. cam hape kan.

tapi aku faham niat die tak bagi aku maen benda tu. tak aku lalai. oke, aku terima alasan tu dan terima dengan hati yang tenang. #ehtenangke? 

tapi twitter layan je. tu yang takleh blah sebenarnye. sebab dia tak tahu aku ade benda alah tu. kira tak termasuk dalam perjanjian laa nii. masuk hari nii bermakna dah 5 hari aku tak online fesbuk. baguskan aku. haha(sukadalamduka)

xoxo

Friday, January 4, 2013

dah mula berangan

dari semalam rasa teruja bila si dia mula bercerita perancangan masa depan kami. semoga segalanya dipermudahkan. harapan sekarang semoga parents dapat faham dan terima niat baik kami. kenapa mesti menolak kalau betul itu takdir kita. setiap yang berlaku ada hikmahnya.

ye betul. perkara kahwin nii bukan benda main-main. akan ada yang cop kita gatal sebab belajar tak habis lagi dah sibuk nak kahwin. tapi itu lebih baik dari bercinta tanpa ikatan dan menanggung dosa. selalu nya keluarga yang cetek ilmu akan bangkang niat anak-anak untuk tamatkan zaman bujang meraka. tidak pula meraka kisah kalau anak-anak sibuk bercouple sana sini.

aish, ape aku merepek nii. ok. back to my story. si dia dah plan masa depan kami. dan kalau boleh dah taknak tangguh-tangguh lagi. walaupun keadaan lepas kahwin sama macam tak kahwin tapi itu lebih bermakna. tiada siapa boleh tolak takdir. andai itu yang tertulis. aku terima seadaanya. *ayat pasrah*

semakin banyak laa berangan nampaknya.

Tuesday, January 1, 2013

2012+1=21

alhamdulillah, maseh diberi kesempatan dari Nya untuk bernafas pada hari pertama tahun baru ini. tahun 2013 telah bermula. segala kenangan yang tercipta pada tahun 2012 ditutup dan disimpan sebagai satu kenangan yang tak akan dilupakan.

hari hari yang berlalu mengajar kita menjadi lebih matang dan lebih memahami erti kehidupan. semoga tahap kematangan seiring dengan usia yang meningkat.

pertama kali sambut tahun baru jauh dari keluarga, tak rase pun macam dah nak masuk tahun laen. semua sibuk dengan kerja masing-masing. final punya pasal macam niilah. sedar-sedar je dah pukul 12.00, takde dah mase nak mengira detik tahun baru tu.

yang paling terharu sekali bila enchek kekaseh jadi first person yang wish happy new year, tak sangka. dan azam tahun baru dia sekali lagi buat aku ase nak nanges. "nak dapat kerja elok untuk bina masa depan kita".

insyaAllah kalau niat kita baek, Allah akan bantu kita. i will always pray for you dear. so, happy new year to all yang bace blog cikai aku nii. semoga tahun ini lebih baek daripada tahun sebelumnye, amin.

XOXO