Saturday, November 12, 2011

pelbagai rase

malam nii tibe-tibe tergerak hati nak update belog, terlalu banyak coretan yang ingin dikongsi namun tidak terluah. ini hanya sekadar coretan hati yang biase bagi orang laen tapi sangat bermakna untuk aku.

aku sedang menghitung ari  menanti detik-detik penting yang akan menentukan mase depan sama ada cerah atau suram. mase yang menghampiri membuatkan aku ragu. ragu dengan keputusan sendiri, ragu dengan kemampuan aku untuk menghadapi semua ini.

adakah ini pilihan yang terbaek untuk hidup aku. segalanya telah tertulis dan telah ditentukan oleh-Nya. dan aku, hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal semoga segala urusan dipermudahkan. amin.

okay, tu citer aku akan masuk exam minggu depan. 21.11.2011.


kepercayaan aku semakin terhakis. ini mungkin perasaan aku atau dia benar-benar sudah berubah. aku tidak tahu. yang pasti jarak adalah punca segala-galanya.
bukan senang untuk setia dan bukan susah untuk jujur. hubungan jarak jauh memerlukan kejujuran dan kepercayaan antara satu sama laen.

aku tidak pasti tentang hubungan kami. mungkin kerana kesibukan kami sendiri atau sebab si dia yang sudah ada pengganti yang lebih dekat. aku hanya mampu berdoa.

seandainya telah ditetapkan dia adalah tercipta untukku, aku terima dan seandainya die bukan tercipta untukku aku pasrah. mungkin tuhan akan berikan aku seseorang yang lebih baek untuk aku.


*oops,maaf. entry agak jiwang malam nii. dah lame pendam perasaan sensorang. yang taknak bace boleh skip jer. aku menulis hanya untuk meluah kan isi hati.

1 comment:

  1. good luck my dear...i doakan u smoga dpt m'gejar cita u tu...ummm insan yang kesepian..like mee...huhuhu

    ReplyDelete