Tuesday, October 30, 2012

kerana sabar

kerana kata-kata manusia boleh bergaduh, kerana kata-kata juga manusia boleh hilang sabar. selagi mampu bersabar. manusia akan terus bersabar. tapi kesabaran manusia juga ada batasnya. bila manusia itu sudah hilang segala kesabaran dalam diri. dia akan meletup seperti bom. pecah berderailah segalanya.

so,beware. kata-kata adalah senjata yang paling berbisa. lebih berbisa dari mata pedang.

aku, mungkin nampak seperti seorang yang tiada perasaan, hanya mampu berdiam diri dan buat seperti tiada apa yang berlaku. itu adalah kerana aku sabar dengan setiap kata-kata yang telah dilontarkan. namun bukan bermakna aku lupa akan segala kata-kata itu tapi aku pendam pendam dan pendam sehingga sampai satu tahap semua yang dipendam itu membusuk dan merebak keluar.

diam aku bukan bererti kalah, diam aku bukan bererti aku terima tapi diam aku, aku pendam segalanya. aku bukan seorang yang hanya mampu bersabar. aku seorang yang pendendam. sekali orang buat aku masih boleh memaafkan. bila dah berkali-kali dilayan seperti orang yang tiada perasaan aku akan menjadi seorang pendendam yang paling hebat. tiada siapa dapat mengubah keadaan ini.

1 comment: