Thursday, March 8, 2012

syukur,Alhamdulillah.

laupun dalam keadaan yang mengantuk sekarang nii maklum laaa dah pukul 4pagi. tapi aku paksa diri jugak update blog. saje nak kongsi kegembiraan dengan encik belog. nii sume gara-gara result STPM yang dah pun keluar pagi tadi.

firstly, syukur sangat-sangat pada YANG MAHA ESA sebab dah beri yang terbaek untuk aku, memang aku tak expect langsung akan dapat pointer 3.0 ke atas. dapat pointer 3.0 pun tak pernah nii kan pulak nak target banyak-banyak. terima kasih juga untuk family, and my friends yang terlalu banyak membantu dan memberi dorongan. yang paling aku berterima kasih adalah cikgu-cikgu yang bertungkus lumus mendidik kami.


alhamdulillah, syukur tak terhingga. rase terkejut pun ade lagi nii, aku sendiri tak caye ngan result aku. camne boleh dapat camtu kan. ini dah rezeki aku, Tuhan akan bagi balasan yang setimpal dengan usaha kita selama nii. sekarang berharap supaya masih ade tempat dan peluang untuk sambung belajar ke IPTA pulak.


biar lah tak seberapa pun,aku still nak tunjuk jugak.


sepatut nya ade lima keputusan,tapi aku ambik hanya empat yang terbaek. rase nak senyum memanjang jer. tahniah juga untuk sume kawan-kawan aku yang cemerlang. korang memang terbaek lah.

Wednesday, March 7, 2012

harapan yang menggunung

YA ALLAH, semoga kejayaan itu milik aku.

nervous giler nak tunggu ari esok, dah tak tahu nak describe perasaan nii camne, rase tak sabar tapi at the same time, takut sangat-sangat. rase cam usaha jawab exam ari tu tak cukup untuk dapat result yang cemerlang. pape pun.

"hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti".(bace dengan versi ombak rindu) woha!

babai. perlu bersedia untuk ari esok. kalau result elok, aku update lagi. kalau takde citer sal result maknenye lingkup lah tu. ahaks!

*Ya Allah Ya Tuhanku,semoga segala usaha hambamu ini membuahkan hasil yang terbaek.amin.*

Monday, February 27, 2012

hati dan akal

hati dan akal tidak pernah seiring, adakala bila hati kata jangan akal pula kata ya. adakala bila hati kata ya akal pula sebaliknya.

memang sukar untuk buat keputusan apabila hati dan akal tidak berjalan seiring.

pernah juga akal menguasai hati, tapi ia akan menjadi lebih mengelirukan. akhirnya tiada keputusan yang terbaek dapat dibuat.

aku sendiri pun tidak pasti dengan hati aku. kadangkala laen yang aku fikir, laen pula tindakan yang dibuat. ini semuanya kerana hati dan akal.
tindakan tidak seperti yang dirancang.


*perlu mencuba untuk yang terbaek*

Thursday, February 16, 2012

heartbroken again,maybe.

hadir mu tidak diminta,
memberi harapan dan sinar baru dalam hidup,
tapi sayang,
ia cuma mainan perasaan.

aku selalu kalah dalam perhubungan akan sering menjadi mangsa.

Friday, February 3, 2012

feel so good

oh god!! dekat sebulan aku tak update, aku tak hilang mane-mane pun, tapi sibuk sikit sekarang. kalau dulu sibuk sebab jadi student, sekarang sibuk sebab jadi penganggur pulak. susah nak cakap ape yang aku buat sampai busy sangat tu.

novel yang ade pun tak sempat nak bace, cuba bayangkan lah camne.
alhamdulillah selepas ape yang berlaku pada aku ari tu, aku dah jadi semakin kebal dan kuat. no more tears. im always happy. thankz to Allah sebab dah tabahkan hati aku.

selama sebulan mencari kekuatan diri, timbul pulak satu lagi kisah yang akan membuatkan kepala aku berpusing 360 darjah. aku pun tak pasti ape yang akan terjadi nanti. tunggu dan lihat je lah.

Thursday, January 12, 2012

ini yang telah tertulis

kadang-kadang aku lupa yang kau bukan milik aku lagi. setiap kali kau update status kat fb mesti aku like, kalau boleh aku nak komen status kau macam dulu-dulu. tapi aku faham, aku dah tak boleh nak anggap kau kekaseh aku lagi.


sebab tu, aku buang semua gambar-gambar kau dari handphone aku, aku taknak kau terus ade dalam hati aku, aku taknak bila aku tertengok gambar kau, aku akan ingat kau maseh kekaseh aku. tapi, aku simpan semua gambar-gambar kau dalam satu folder yang aku akan cuba elak untuk buka dan tengok kenangan-kenangan kita.


aku tersenyum bila tengok kau update status sebab aku boleh tahu serba sedikit perkembangan kau. aku tersenyum sebab aku tahu kau dah bahagia dengan hidup kau sekarang tanpa aku walaupun aku maseh kesal dengan ape yang terjadi aku tetap akan doakan kebahagiaan kau. semoga kau bahagia sayangku.

Wednesday, January 4, 2012

permulaan yang baek

alhamdulillah ari nii dah 4 hari hidup dalam tahun 2012. selama 4 hari nii aku rase ade sedikit kelainan dari segi aktiviti kehidupan harian aku.


hari tu berazam untuk lupakan dia bila tahun 2012 menjelma. dengan izin Allah aku dah boleh lupa dia, lau pun kadang-kadang terlintas jugak bayangan dia dalam fikiran, tapi tak lama. laupun aku masih ingat dia, aku dah tak mampu nak menangis lagi. air mata aku dah kering untuk dia.

kau dah tak layak untuk buat aku sedih lagi, aku happy dengan hidup aku sekarang. memang terasa diri agak sunyi dan kosong tapi aku akan belajar untuk mengisi kesunyian dan kekosongan itu.


semalam tiba-tiba ingat kat dia. tak pasal-pasal dia masuk dalam mimpi aku yang tak berapa indah nii. kacau betullah. naper mesti aku mimpi dia lagi.? mungkin kah dia masih ingat kat aku. ya tuhan. kau kuatkanlah hati aku.