Monday, February 27, 2012

hati dan akal

hati dan akal tidak pernah seiring, adakala bila hati kata jangan akal pula kata ya. adakala bila hati kata ya akal pula sebaliknya.

memang sukar untuk buat keputusan apabila hati dan akal tidak berjalan seiring.

pernah juga akal menguasai hati, tapi ia akan menjadi lebih mengelirukan. akhirnya tiada keputusan yang terbaek dapat dibuat.

aku sendiri pun tidak pasti dengan hati aku. kadangkala laen yang aku fikir, laen pula tindakan yang dibuat. ini semuanya kerana hati dan akal.
tindakan tidak seperti yang dirancang.


*perlu mencuba untuk yang terbaek*

Thursday, February 16, 2012

heartbroken again,maybe.

hadir mu tidak diminta,
memberi harapan dan sinar baru dalam hidup,
tapi sayang,
ia cuma mainan perasaan.

aku selalu kalah dalam perhubungan akan sering menjadi mangsa.

Friday, February 3, 2012

feel so good

oh god!! dekat sebulan aku tak update, aku tak hilang mane-mane pun, tapi sibuk sikit sekarang. kalau dulu sibuk sebab jadi student, sekarang sibuk sebab jadi penganggur pulak. susah nak cakap ape yang aku buat sampai busy sangat tu.

novel yang ade pun tak sempat nak bace, cuba bayangkan lah camne.
alhamdulillah selepas ape yang berlaku pada aku ari tu, aku dah jadi semakin kebal dan kuat. no more tears. im always happy. thankz to Allah sebab dah tabahkan hati aku.

selama sebulan mencari kekuatan diri, timbul pulak satu lagi kisah yang akan membuatkan kepala aku berpusing 360 darjah. aku pun tak pasti ape yang akan terjadi nanti. tunggu dan lihat je lah.

Thursday, January 12, 2012

ini yang telah tertulis

kadang-kadang aku lupa yang kau bukan milik aku lagi. setiap kali kau update status kat fb mesti aku like, kalau boleh aku nak komen status kau macam dulu-dulu. tapi aku faham, aku dah tak boleh nak anggap kau kekaseh aku lagi.


sebab tu, aku buang semua gambar-gambar kau dari handphone aku, aku taknak kau terus ade dalam hati aku, aku taknak bila aku tertengok gambar kau, aku akan ingat kau maseh kekaseh aku. tapi, aku simpan semua gambar-gambar kau dalam satu folder yang aku akan cuba elak untuk buka dan tengok kenangan-kenangan kita.


aku tersenyum bila tengok kau update status sebab aku boleh tahu serba sedikit perkembangan kau. aku tersenyum sebab aku tahu kau dah bahagia dengan hidup kau sekarang tanpa aku walaupun aku maseh kesal dengan ape yang terjadi aku tetap akan doakan kebahagiaan kau. semoga kau bahagia sayangku.

Wednesday, January 4, 2012

permulaan yang baek

alhamdulillah ari nii dah 4 hari hidup dalam tahun 2012. selama 4 hari nii aku rase ade sedikit kelainan dari segi aktiviti kehidupan harian aku.


hari tu berazam untuk lupakan dia bila tahun 2012 menjelma. dengan izin Allah aku dah boleh lupa dia, lau pun kadang-kadang terlintas jugak bayangan dia dalam fikiran, tapi tak lama. laupun aku masih ingat dia, aku dah tak mampu nak menangis lagi. air mata aku dah kering untuk dia.

kau dah tak layak untuk buat aku sedih lagi, aku happy dengan hidup aku sekarang. memang terasa diri agak sunyi dan kosong tapi aku akan belajar untuk mengisi kesunyian dan kekosongan itu.


semalam tiba-tiba ingat kat dia. tak pasal-pasal dia masuk dalam mimpi aku yang tak berapa indah nii. kacau betullah. naper mesti aku mimpi dia lagi.? mungkin kah dia masih ingat kat aku. ya tuhan. kau kuatkanlah hati aku.

Sunday, January 1, 2012

perginya 2011,,,selamat datang 2012

nampaknye aku dah melangkah ke tahun 2012 ari ni,,begitu cepat mase berlalu. umur pun dah berubah, dari 19 ke 20. dah takde laa umur belas-belas.


aku taknak tanam azam banyak-banyak, sebab azam lame pun masih tak tertunai asenye. aku cuma berharap tahun 2012 nii memberi sinar baru dalam kehidupan.


tahun 2011 terlalu bayak kesedihan daripada kegembiraan. terlalu banyak duka daripada suka. terlalu banyak perkara yang tak dijangka terjadi. semua yang terjadi tu aku anggap sebagai ujian dalam kehidupan. manusia memang tak boleh lari daripada masalah.



i wish new year nii :
-masalah itu dapat diselesaikan menjelang 2012
-aku dapat lupakan DIA
-taknak sedih-sedih pikir DIA lagi

Friday, December 23, 2011

lupekan semuanye

ari nii dah cukup seminggu dia pergi dari hidup aku.no more calls, no more sms. hanya diam seribu bahasa. memang ini yang dia nak. aku tak boleh nak paksa.

dan selama seminggu nii, aku rase aku dah okay. mula-mula dulu jer aku tak okay. hidup berendam air mata. tuhan saja yang tahu. tapi lepas 3,4 ari aku dah tak pikir lagi pasal dia. biarlah dia bahagia dengan keputusan dia. aku kena mulakan hidup baru. tak boleh asyik mengenang naseb je, banyak lagi benda laen aku kena pikir.

tadi on9 fb ade satu clip video nii, tajuknye menarik minat aku. aku bukak n tengok video tu. tetibe menitis pulak air mata nii, kisah tu hampir same dengan kisah aku. haih. ini membuatkan aku ingat ape yang pernah dia janji dulu.


semoga aku dapat lupakan die kalau tak boleh dengan cepat, biarlah dengan lambat.