Tuesday, August 6, 2013

lawak apakah ini.

hadoi, selalu je dia tu buat aku rase nak gelak terguling-guling. hari nii 6 ogos. dan hari nii bukan birthday aku lagi. tetiba sampai mesej en.chef wish my birthday. tengok ayat dah macam terharu tapi still takleh nak tahan gelak sebab belum tiba masa lagi.

tapi rasa macam grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. geram jugak at the same time tu. sebab dia boleh lupa tarikh birthday, memang laa laki susah nak ingat date, i understand that, but atleast u remember date of birth ur girlfriend. its totally frustrated when the one u love doesnt remember anything bout u. sucks jugak laa kan. haih.

Friday, August 2, 2013

dah august daa

alhamdulillah, maseh diberi kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini. sedar tak sedar dah masuk bulan baru  dan dah berada di penghujung bulan ramadhan.

setiap kali masuk bulan ogos jer mesti nak taip entry pasal menghitung hari nak sambut birthday. haha. sangat kebudakkan right? kali nii malas dah nak kira. *ade 8hari lgi tau*. haaa, dalam malas-malas pun sempat lagi. saja nak cari publisiti murahan padahal takde yang kesah pun. lantak kau laa birthday bila.

tahun nii ada kelainan sikit birthday aku jatuh pada ari raya. dah 2tahun berharijadi dalam bulan puasa. sangat sadis. tapi kira terselamat dari terkena tepung dan telur dari kawan-kawan masa form6 dulu.

haih, dah nak masuk 21tahun pun. macam tak caya pun ada, tapi at the same time feeling esaited tu ada laa jugak sikit. sebab rasa bila dah 21 nii rasa laen. *laen macam mana tu tak tahu laa.

hmmm, takde nak wish pape bila dah cukup umur nii, just doa yang terbaek untuk hidup dan menjadi seorang yang lebih baek. amin.

fyi, dalam bulan ogos nii ramai sebenarnya lahir bulan nii. *ikut pada list kawan-kawan aku la. mula je 1 ogos. dah kena cari idea nak wish birthday. selalu malas je nak post kat wall. kalau yang rapat sangat tu baru menaip kat henfon n mesej, sangat klasik rite. tapi aku lebih suka cara tu lagi daripada just write hb kat wall.

k laa, selamat bersahur. baru habis tengok SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA. dan sebenarnya saya tak tidur lagi. baiiiii

Friday, July 12, 2013

throwback

update today sempena my dear mr chef dah berangkat naek bus ke tempat kerja. tadi sempat berbuka dengan dia. masing-masing tak banyak cakap. sayu kot nak berpisah. seriously im upset. gonna miss him damn much. nobody's can replace him in my heart.

ok, sebelum aku melencong potpet-potpet citer benda laen, baek gtau dulu tujuan asal buat entry nii. sebenarnya takde yang menarik pun, just nak citer conversation kiteorang mase mula-mula dia nak masuk line dulu.hihi. tapi nii bukan lah first conversation pun. yang dalam fb aku sume dah selamat dalam tong sampah. dalam fb dia naceb ada simpan lagi. ada laa jugak kenangan kiteorang.









timbul sedikit kekeliruan kat sini. mana satu aku punya, mana satu dia punya. aku sendiri pun confuse, haha. tu laa gedik nak guna DP sama sangat. dia relakan je apa aku buat kat fb dia. harap awak banyakkan bersabar dengan kerenah saya.

ok, yang last nii dia mintak phone number aku. ase kelakar bila baca balik, and aku mula laa senyum sorang-sorang. macam syok sendiri pun ada entry nii. haha. kalau aku rindu dia, mesti aku baca benda nii and baca komen-komen kiteorang dulu. dia takde lah romantik pun, tapi sweet tu ada la.

setelah macam-macam cara aku buat nak up entry nii, akhirnya dengan bantuan my bff dia suh aku guna snipping tool. baru lah menjadi. lau nak printscreen asal nak dekat ciap je mesti kuar crash. memang time tu membara hati nii. k lah, salam jumaat dan salam ramadhan.

Monday, July 1, 2013

welcome julai

1 julai, 2013. aku masih dalam mood exam sekarang. tinggal 4 paper lagi belum dijuangkan. lame sangat nak habiskan semua nii. dah boring tahap hape dah mengadap buku. mata nii pulak asal bukak buku je automatik laa layu. ape lah naseb.

alhamdulillah still diberi kesempatan untuk mengupdate menggunakan laptop dan broadband yang dipinjam daripada rumet. haha. *perlu ke mention benda ni?*

takde yang menarik pun nak citer, cume saje gatal tangan nak menaip. sangat berharap supaya result exam nanti takde yang kena repeat. sem nii rase tahap kerajinan untuk study tu memang takde. langsung takde. malas tahap hape dah nii. huargh. k lah baiiiii

Wednesday, June 19, 2013

bakal ditinggalkan

lately nii memang student OM ni busy laa sikit. ape tak nye. sume lecturer berebut nak buat test lah, quiz lah. kiteorang yang student nii laa jadi mangsa kena berkejar mengadap nota.lunrah laa jadi student. takkan dati awal sem sampai akhir sem nak honeymoon je kan. sebab tu lah dah jarang updates si encik blog nii. busy kononnya, padahal fesbuk 24jam je online.

ceritera nya agak sedih sikit dekat2nak exam nii. aku bakal ditinggalkan oleh my mr.chef. he just got a job offer. lahaiiii. berat hati sebenarnya tapi nak buat camne. terpaksa lah relakan. dalam otak nii dah banyak benda fikir. 

pape pun. saya doakan awak berjaya dalam kerjaya awak. semoga awak tak lupa saya. sobssss.T_____T

*ngan ex dulu pun ase dah pernah tulis macam nii kat blog. tapi at the last. janji tinggal janji jugak.

Friday, May 3, 2013

one year already...

i just found something in my phone diary. last nite mr chef ambik my fon. tadi baru bagi balik. n aku tak cek pun ape dalam tu. sebab selalu memang die takde nak gatal tangan sangat menulis kat diari aku.bila die text cakap sal hadiah nak bagi, cepat-cepat bukak and baca diari tu.

and i? ternganga ok. shock sikit. ase cam sweet pun ade, mana tak nya. dari ritu ag aku mengamuk mintak anniversary wish tapi die buat donno je. panas plak ati kite nii. ade ke anniversary wish pun kena mengamuk mintak, langsung tak sweet laa.

but atlast aku dapat jugak laupun wish tu simple je. ingat senang ke mamat kayu tu nak jadi romantik and sweet. haha. tapi sampai ari nii sume yang die dah buat untuk aku, aku rase sume SWEET. laupun tak mampu nak bagi aku barang-barang mahal. tu tak penting, asalkan aku rase bahagia bila dengan die. thats what we call LOVE. ok.

antara ucapan dan taipan beliau ialah, 
"yup bila ku pnadang gambar ni maka terpapar wajah2 tersenyum org yg ku syg...saat ini hanya yg Esa sje yg thu btapa bhgia nya ati ku rasa..kehadiran nur syamimi dlm khidupanku adalah 1 rahmat..walaupun ayah dia bukan bernama rahmat tetapi dia tinggal desa rahmat ;) hahaa so far so good with her..everyday laughing n she make me hapy al da time..thanks a lot dear.. n honestly ur da 1 im loving al my heart..aa aa no doubt about it honey c",)"

sebenarnya ade gambar dalam diari nii, tapi loading pulak takleh nak publish. yang paling takleh nak blahh tu sempat ag die buat lawak, aku baru nak feeling romantik terus tak jadi. haha.

ritu 16 april 2013 baru cukup setahun perkenalan kami. kejap je mase nii. aku langsung tak expect nak jumpa and couple ngan die. takdir kan, kita taktahu, sume yang tertulis untuk kita adalah sebaik-baik perancangan.

and kalau laa kan aku.
hmmm.

KALAU LA aku tak break up ngan ex dulu, maybe aku takkan kenal die.
KALAU LA aku tak kerja kat situ lepas exam, aku takkan kenal die tapi die dah kenal aku sebelum nii.
KALAU LA aku still harap kat orang yang aku harap tu, aku takkan declare nak inrelationship ngan die.
KALAU LA aku nii tak gatal layan die, die takkan jadi kekaseh aku kot.
KALAU LA die kerja kat sana tak balik-balik, aku takkan mesej ngan die.
and yang paling penting

KALAU LA die tak mintak nombor aku kat fesbuk, aku takkan ade nombor die.

sume nye bermula daripada keberanian die mintak nombor aku kat fesbuk even we all dah kenal kat luar sebelum tu.


i praise ALLAH for sending me you my love.
setelah setahun, too many sadness happen in my life. but he always be my side and give me support. ape yang die rase tak betul, die nak aku betulkan. ape yang die rase betul die suruh aku teruskan. tak pernah aku ubah hidup aku kerana die. tapi bila ape yang die cakap tu aku rase betul, aku ubah.









Wednesday, April 3, 2013

kerak nasi

rasa sekarang dah jauh hati ngan orang. perasaan yang semakin hari semakin tawar buat hati makin keras dan keras macam batu. orang kata hati wanita macam kerak nasi. walau keras macam mana pun kalau rendam air lame-lame lembut juga. hati aku taktahu laa boleh jadi macam kerak nasi ke tak. mungkin boleh, tapi akan ambik masa yang lama. selama mana aku sendiri tak ada jawapan untuk tu.

aku baru ada niat nak mengalah and maafkan tapi timbul pulak cerita laen. makin laa meluap-luap bahang kepanasan tu. tak payah nak babitkan orang yang tak ada kena mengena dalam cerita nii. jangan nampak salah orang laen. nilai dulu diri sebelum kata kat orang. nobody's perfect. masing-masing ada buat silap. betulkan kesilapan sendiri dulu baru boleh nak betulkan silap orang.

tak payah nak guna social networking as a medium nak buat orang terasa. faced it. kata depan-depan kalau tak puas hati. kalau nak orang dengar nasihat kita, tegur dengan cara baik. bukan dengan cara kasar dan menyindir. cara tu langsung tak bagi kesan, buat orang makin rasa sakit hati ada laa. nak orang hormat kita. kita pun kena hormat orang jugak laupun umur jauh lebih tua. matang bercakap, lantang bagi komen tapi tak pernah praktik. berbicara lebih mudah dari melaksanakan. tak semestinya apa yang kita nak tu orang akan ikut. orang laen pun ada pendapat dan pendirian sendiri. tak ada siapa yang mampu ubah kita melaenkan kita sendiri. orang sekeliling hanya menjadi rujukan dan penilai untuk perbuatan kita.

im totally tired with all this. better stop and bawak haluan masing-masing. jangan hiraukan aku lagi.